Sunday, December 18, 2016

PINJAMAN PENDIDIKAN: adakah anda seorang peminjam?

(http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/12/15/ptptn-ccris/)

Kalau kita perhati, selain pelajar yang mendapat tajaan, majoriti pelajar universiti merupakan peminjam tabung pendidikan. Kenapa ibu bapa seolah olah mewajibkan anak anak mereka untuk membuat pinjaman pendidikan?

Pendapat saya sebagai ibu, adalah menjadi tanggungjawab orang tua untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk anaknya. Itu pun jika ada ibu bapa berkemampuan. Saya cadang untuk buat saving RM100 sebulan sejak anak lahir.

Cuba lihat,

RM100 x 12 bulan x 18 tahun = RM21,600

See? Dah boleh bayar yuran penuh universiti untuk 6-8 semester pembelajaran. Kalau yuran study 8 sem saya dulu, boleh sangat bayar dengan plan saving mcm ni. Siap ada lebih lagi.

Tapi tak tahu lah 18 tahun akan datang. Cuma, memang tak ada ruginya kita mula buat tabung pendidikan anak kita. Kalau rasa2 mind set tu dah set yg anak perlu bayar sendiri yuran pengajian tinggi dorg, suruh anak buat pinjaman dengan kita. Takdalah interest tinggi nak bayar. 😁😁

Itu bagi yang mampu. Yang tak mampu nak buat macam mana? Atau yang anak ramai? Atau yang dapat anak sekaligus kembar enam? Bukan kah sesak nafas nak menabung?

Haaaa.. yang tu korang kena kerja keras buat income part time. Cari peluang untuk cari wang tambahan.

Paling mudah, buat online bisnes. Bisnes macam saya, modal tak sampai pun RM100 untuk pelaburan seumur hidup. Cuma peruntukan sedikit masa daripada kesibukan harian anda untuk buat promosi online. InsyaAllah boleh jana sampai ribu riban sebulan jika komited.

Bukan untuk anak saja. Ini semua untuk kesenangan kita juga... kan?

Ibu ibu bapa bapa plan macam mana untuk pembelajaran masa depan anak2? Kongsi sikit. Manatau boleh ikut.😊



Your Trusted Shaklee Distributor,
Amani Waldin
013 541 4538

#tsunamishaklee #shakleeamani #infoamani #proG20

Friday, December 16, 2016

Rumpai Laut Tiada Kolagen



Saya ada terbaca artikel dari web DrZubaidi yang mana Dr Mariani Abd Hamid (UTM) mengatakan bahawa rumpai laut tiada kandungan kolagen sepertimana yang diwar-warkan oleh kebanyakan orang terutamanya di Sabah.

Rasanya ia terkenal beberapa tahun lalu sampaikan ramai yang berebut beli. Siapa tak nak nampak muda dan cantik kan? Saudara mara saya sendiri ramai yang mengesyorkan untuk makan rumpai laut sebagai sumber kolagen. Saya dan keluarga sendiri suka makan rumpai laut. Lagipun, rumpai laut ni memang sedap!! Tambah dengan limau, lada dan perasa dah cukup menyelerakan. Opps.. hehe.

Kolagen ni sebenarnya adalah protein yang berfungsi sebagai 'pelekat' dalam badan. Tubuh kita ni mengandungi lebih daripada 25 kolagen semulajadi. Semakin meningkat umur, semakin berkuranglah kolagen dalam tubuh, terutamanya bila umur melebihi 20-an. Sebab tu, kulit boleh mula berkedut seawal umur 25 tahun! Pengambilan tambahan kolagen daripada sumber semulajadi boleh membantu melambatkan proses penuaan kulit serta mengukuhkan 'pelekat' dalam tubuh.

Nak ditekankan kembali, tiada kolagen dalam rumpai laut ni. Bagaimanapun, ia tak merbahaya untuk dimakan dan diminum kerana ia juga mempunyai banyak khasiat lain. Malah digunakan secara meluas dalam industri kosmetik dan perubatan.

Khasiat Rumpai Laut:

Mengandungi vitamin, mineral, asid amino, beta karotein dan protein yang tinggi. Ia mampu membantu mengekalkan mahupun mengaktifkan proses pembentukan dan penghasilan kolagen dalam kulit. Rumpai laut hijau mengandungi protein yang tinggi. Rumpai laut jenis merah mempunyai kepentingan ekonomi yang mana ia merupakan sumber bahan mentah bagi pengekstrakan karagenan. Karagenan ni lah yang selalu disalah anggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Kalau rumpai laut tak ada kolagen, mana pula nak dapat kolagen yang sangat banyak manfaatnya? Sebelum tu, saya kongsi sedikit khasiat kolagen.

Kebaikan kolagen:
Kulit akan nampak lebih tegang, putih, melicinkan kulit dan pori yang lebih halus. Kolagen juga memberikan rambut lebih lebat, sihat, lembap dan bermaya. Selain tu, ia juga untuk tulang yang lebih kuat. Selain tulang memerlukan kalsium, tulang juga perlukan kolagen. Ini untuk memberikan manfaat kepada sendi di mana tulang turut memerlukan kolagen supaya lebih kuat dan tidak mudah koyak.



Sumber kolagen semulajadi yang terbaik boleh didapati melalui pengambilan Collagen Shaklee. Haa.. yang ni baru lah real kolagen! Bukan setakat kolagen biasa, ia adalah yang terbaik.


Nak kolagen?


Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 

Friday, November 25, 2016

Tips Urus Masa Bisnes

Mari baca, mau kongsi ni. Ikhlas dari hati saya untuk kesayangan semua. 😁

Tips urus masa bisnes dengan baik;

1. BUANG HANDPHONE anda ke laut kalau anda jenis suka main game. Hahaha! Sebab masa main game, confirm kau takkan sedar pun masa berlalu. Ada customer pun boleh kau layan acuh tak acuh saja. Kan? Kan? (Ok. Ini nasihat extreme)

2. TANGGUHKAN KERJA anda bila masuk waktu solat. Sebab, lepas saja tunai tanggungjawab tu, kau akan rasa masa kau ada lebih drp 24jam.

3. JANGAN GATAL nak dating 24jam dengan bakal suami atau isteri anda. Kalau tak, si dia boleh jadi bakal pemusnah 24jam sehari yang kau ada. Serius ni! Kau nak dating/chatting, cari masa yang sesuai. Ni tak, setiap minit kau nak tengok henpon sebab nak tunjukkan kesetiaan kau. Bisnes boleh terbengkalai tau.. (ok. Ini utk yang single aje laa. Haha)

4. JANGAN TIDUR kalau anak anda tengah tidur (bagi yg dah ada anak). Masa tu lah paling heaven nak buat itu ini. Selitlah juga sedikit masa untuk bisnes..

5. PASANG WIFI kalau anda buat bisnes online. Kalau tak, masa kau akan banyak terbuang hanya sebab nak tunggu loading. Yang pakai data, faham sangat situasi ni kan?

6. GUNAKAN GADJET sebaik mungkin jika anda buat online bisnes. Install apps yang bantu anda menjimatkan masa seperti buffer, dll. Tak payah lah menghadap fb/insta sepanjang masa.

Okey. Cukuplah 6.
Rajin pula membebel hari ni. 😁😁

#tsunamishaklee #shakleeamani #prog20

Wednesday, November 23, 2016

LAPISAN SISTEM IMUNISASI TUBUH MANUSIA



Sistem ni merupakan sistem yang membantu mempertahankan tubuh kita daripada sebarang penyakit. Macam barisan pertahanan negara, perlu ada askar dan senjata. Untuk pertahanan tubuh pula, sentaja askar2 ni boleh diperkuatkan melalui nutrien. Kalau tak, sama saja lah macam pisau tumpul. Lawan pun tak guna. Nutrien ni pula datangnya daripada makanan.

Jadi, apa yang kita perlukan untuk kukuhkan sistem pertahanan kita? Nak makan apa?

Berdasarkan cara pertahanan, sistem ni boleh dibahagi kepada 2, iaitu pertahanan spesifik dan nonspesifik. Ia terdiri drp 3 lapisan;

Lapisan Pertama:

Askar pertahanannya adalah kulit, silia, mukus, air liur dan juga jus gastrik.
Nutrien yg diperlukan untuk mengukuhkan pertahanan adalah Vitamin, Mineral, Omega-3 dan Protein. Ini digunakan untuk melawan jangkitan luar seperti mikroorganisma, virus dan radikal bebas.

Lapisan Kedua:

Askar pertahanannya adalah sel darah putih, makrofaj dan natural killer cell.
Nutrien yg perlu untuk menguatkan senjata serangan adalah nutrien drp bawang putih, biji labu, plantago seeds, safflower, japanese honeysuckle dan juga carotenoid. Kerjanya melawan penyakit/patogen yang terlepas melalui pertahanan pertama.

Lapisan Ketiga:

Askarnya adalah antibodi. Nutrien penting untuknya adalah resveratol iaitu sejenis antioksida yang membantu melindungi sel DNA. Musuh utamanya adal sel2 yang rosak. Seperti sel kanser dan penyakit2 kronik.

Dengan mengambil nutrien yang betul, kita boleh lawan penyakit daripada luar dan dalam. Tapi, untuk nutrien yang lebih spesifik, digalakkan untuk mengambil suplemen sebagai makanan tambahan.

Mencegah secara semulajadi lebih baik daripada makan ubat. Dapatkan suplemen dari pengedar yang sah. 😊

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat suplemen yang sesuai mengikut keadaan kesihatan anda. 



Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 

Facebook: https://www.facebook.com/nurul.amani.52

#tsunamishaklee #shakleeamani #proG20 #pengedarsahkleeranau #shakleesabah

Friday, November 18, 2016

Bisnes Shaklee Pilihan Terbaik



Banyak lagi bisnes lain di luar sana. Tapi.. kenapa pilih untuk serius dengan Shaklee? Semuanya bermula sejak merasa keberkesanan suplemen tu sendiri. Macam mana Shaklee mementingkan keselamatan, kesemulajadian dan keberkesanan setiap produknya.

Masa pregnant hari tu, rajin sungguh menggoogle cari info itu ini. Hihi.. kalau tak, mesti akan tanya kawan2 kalau ada something yg meragukan. Ramai antara mereka yg suggest suplement tambahan Shaklee. Produk lain pun ada juga.



Sejak mula pregnant memang teruk sembelit. Macam2 cuba; makan betik, pisang, air berliter2, minum jus kurma pun ada. Tapi still jg sembelit.

Bila masuk trimester kedua, bahagian pinggul, paha & betis pun mudah lenguh. Tapak kaki cepat membengkak. Tanya Nurse cara nak kurangkan, dia cakap tahan sahaja. Tak boleh urut, tak boleh sapu ubat gosok. Huhuhu..

Sedih tau. Saya pun cuba lah mencari iktiar yang boleh digunapakai semasa pregnant dan jumpa produk Shaklee ni.

Alhamdulillah.. lepas consume Ostematrik, masalah sembelit hilang. Hari2 pegi toilet. Lenguh2 pun berkurang.. suka sangat!



Masa mencari ostematrix tu, terjumpa lah blog Ainul Fadzilah. Kisah dia boleh maju dalam bisnes Shaklee. Pada pendapat saya, kalau suplemen ni dah terbukti berkesan, why not try to sell? Hehehe.

Nak beli produk Shaklee atau nak join member juga? Jomm hubungi saya,

Amani
013 541 4548

Thursday, November 17, 2016

Tips menghadapi kelaparan di tengah malam

Siapa ada habit terbangun tengah2 malam, lepas tu cari makanan? Hahaha. I know someone yg macam ni. Mengaku cepat! 😂😂😁😁

Kalau tak makan, lapar.. tapi kalau makan pula, takut naik berat.

Nak bagi tips ni.. Tips menghadapi kelaparan di tengah malam. 😁😁

Caranya, makan makanan yang rendah Glycemic Index (GI). Bagus untuk yang selalu terbangun sebab lapar atau yg mau jaga berat.



Glisemik Indeks ni maksudnya tahap kandungan karbohidrat dalam makanan. Rendah GI bermaksud gula akan dilepaskan perlahan lahan dalam darah. Kalau GI tinggi, cepat lah gula dilepaskan. Sebab itu kita cepat rasa kenyang dan cepat lapar balik.

Saya selalu minum ESP sebelum tidur. Sebab kalau menyusu baby, memang tengah2 malam sakit jiwa juga menahan lapar. Mau makan, takut berat naik habis. Hihi.

Selamatlah perutt...

#tsunamishaklee #shakleeamani #proG20

Wednesday, November 16, 2016

Fungsi Alfalfa Complex



* Merawat gangguan pencernaan.
* Mengawal kolestrol dalam darah
* Menghapuskan kolestrol buruk (LDL)
* Mengurankan risiko penyakit jantung dan strok
* Bagus untuk pesakit diabetis kerana mengurangkan paras gula dalam darah.
* Mencegah edema - Pengumpulan air di dalam badan terutama di bahagian kaki
* Mengurangkan simptom menopaus
* Merawat asma dan lain-lain masalah pernafasan
* Merawat masalah sembelit
* Menyahkan toksik di dalam badan
* Merawat sakit otot dan sendi
* Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
* Membantu masalah penghadaman
* Terkenal dengan fungsinya yang memperbanyakkan susu ibu
* Merawat masalah pundi kencing
* Merawat masalah gastrik dan gangguan hati
* Meningkatkan kesihatan prostat
* Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
* Menghangatkan hubungan suami isteri
* Membantu meningkatkan kesihatan lelaki
* Membantu merawat lain-lain masalah kesihatan seperti alahan, gout, nafas berbau, arthritis, masalah kolon, hernia hayfever, bau badan, ulser dan sinus.

Amani
013 541 4548

Saturday, November 12, 2016

Who is Shaklee?




Dr Forrest C. Shaklee

Shaklee ni sebenarnya nama seorang doktor. 
Dia adalah pengasas kepada Shaklee Corporation. Kalau nak tahu, syarikat ni sudah mula beroperasi sejak tahun 1965.

Bukan itu saja jasa Dr Shaklee, dia ni dikenali juga sebagai Father of Vitamins sebab dia lah orang pertama yang mencipta Vitamin.



Suplimen pertama di dunia dicipta pada tahun 1915 oleh Dr. Shaklee dan dikenali sebagai “Vitalized Minerals”. Tidak lama selepas itu, perkataan VITAMIN tercipta. 

Dr. Shaklee juga merupakan perintis dalam perlindungan alam sekitar di US. Dr Shaklee telah mengeluarkan pencuci organic yang pertama di dunia pada tahun 1960.




Bagaimana suplimen Shaklee ni bermula?

Dr. Shaklee pernah kena kanser di bahagian paha tangan kerana terlalu lama terdedah dengan x-ray. Pada masa itu, belum ada pendedahan tentang bahaya x-ray. Sejak itu, dia buat keputusan untuk berhenti dan menjual kliniknya. 

Sejak itu, Dr. Shaklee mengamalkan program nutrisi yang ketat, berpuasa dan membuat analisis darah secara berkala. Dr. Shaklee hanya makan buah-buahan dan sayuran yang segar dalam dietnya beserta vitamin dan mineral.

Setahun selepas itu, akhirnya tisu pada bahagian yang sakit telah sembuh dan diganti dengan tisu yang sihat. Dr. Shaklee kembali bertenaga. Dia akhirnya bebas kanser dengan hanya menggunakan pengetahuan herba dan nutrisi. 

Bermula daripada itu, dia menghasilkan lebih banyak food suplimen untuk memenuhi keperluan nutrisi dan mineral. Dia percaya bahawa dengan mengamalkan diet yang sihat, penyakit boleh dielakkan.

Sehingga kini, philosophy Dr. Shaklee semakin diperkembangkan dalam Shaklee Coorporation.



Lets living in harmony with nature. 

Pengedar Shaklee,
Amani
0135414548


Wednesday, November 9, 2016

Detoks VS Diet





Siapa pernah detox? Atau buang toksin dalam badan yang telah sekian lama terperap sejak dulu kala?

Perasan tak, berapa banyak toksin dalam badan kita? Zaman sekarang ni, hampir semua makanan mengandungi toksin.. Sayur dan buah ada pesticide, herbicide. Ayam, daging dan ikan pun ada hormon atau bahan pengawet. Tu belum campur dengan toksin yang kita sedut melalui udara, bahan make up yang kita guna, losyen, dalam lain-lain.

Haaa.. dah berapa banyak toksin dalam badan?

Tahu tak lemak dan kolestrol dalam badan sebenarnya melindungi organ drp toksin.. sebab tu, ada antara kita yg lemak banyak sebab toksin. Bila toksin makin pekat, makin banyaklah lemak dihasilkan.




Oleh itu, disamping nak kurus, detox dulu. Masa detox tu pun memang akan turun juga.. Lepas toxon dibuang, semua nutrient pun mudah diserap oleh tubuh. Jadi, mudahlah nak kurus..



Sy pun pernah detox jg ni.. 3 tahun lalu.. kesan dia sampai sekarang ni. Kesannya?
✔ kurang craving makanan ringan
✔ berhenti minum minuman bergas
✔ kurang minum 3 in 1
✔ cara pemakanan pun berubah
✔ pengambilan nasi berkurang

Berat badan pun tidak mudah naik macam sebelum detox. Berat maintain 49-50kg sejak 2 tahun lalu walaupun makan macam2. Sebelum detox, kalau makan lebih sikit, dalam sebulan boleh naik 2kg. 😅

Cuma lepas bersalin ni, proses turun naik tu lain sikit. Mungkin sebab hormon badan berubah sudah. Pemakanan pun berubah. Hihi.. kena mula detox secara perlahan lagi!

First time buat, detox ni boleh menyakitkan jiwa tau! Hahaha. Tapi pendapat saya, kalau ambil dengan vitamin atau apa2 makanan tambahan untuk cukupkan keperluan nutrisi dan bantu buang lemak dan kolestrol, proses tu jadi lebih mudah. Believe me. 😊

Jomm detoks dengan Set Detox Shaklee:
1. Alfalfa
2. Herb lax
3. Lecithin
4. Peppermint Ginger Plus
5. Vivix

Bagaimana caranya? Hubungi saya untuk penjelasan lebih detail supaya kita boleh tahu kesusaian anda dengan program detoks Shaklee. Menu diet pun turut disertakan tau!



Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 

Monday, November 7, 2016

Set Penyusuan Shaklee Terbaik. Betul ke??


Betul ke? Jomm saya jawap soalan anda melalui pengalaman saya menggunakan set penyusuan Shaklee.



Pengalaman saya menggunakan set penyusan Shaklee.

Kalau dulu guna set hamil shaklee. Sekarang guna set menyusu Shaklee pula.. Hihihi. Set shaklee ni senang betul jadi kegemaran saya sebab memang berkesan!

Untuk Set Penyusuan Shaklee ni, saya amal ESP, Alfalfa dan Vitalea. Sebenarnya.. saya beli alfalfa ja untuk penyusuan. ESP dan Vitalea tu lebihan vitamin sejak pregnat. Nampak tak? Boleh guna lama vitamin ni.. setakat ni vitalea tu bertahan lebih 5 bln. Sekali sehari ja makan. Cuma ESP tu canister kedua saya beli. Time pregnant hari tu rajin minum sebab selalu pedih ulu hati.

Ok. Back to set penyusuan.

Macam mana saya boleh suka?

Selepas bersalin hari tu, saya memang agak letih dan stress. Dengan luka jahitan yang masih sakit, setiap hari terpaksa ulang alik dr rumah ke klinik atau hospital sebab jaundis baby sangat tinggi.

Penat, sakit dan stress tu membuatkan susu badan drop. Tambahan lagi, puting sedikit tenggelam. Baby susah menyusu. Huhu. Baby baru umur 2 mggu tp susu drop teruk. Masa masuk wad, doktor bgtau yang badan baby kurang air. Maksudnya, kurang lah minum susu.

Masa tu tak ada pilihan lain selain bagi susu formula. Hati ibu mana lah tak sedih. Sejak pregnant plan mau fully breast feeding. Saya menangis bila pertama kali tengok husband susukan baby dgn susu formula. Huhu. 

Baby umur sebulan baru mula ambil alfalfa. Alhamdulillah. Memang milkbooster!! Sebelum ni susu tak pernah bengkak pun. Tapi lepas makan alfalfa, baru 2 jam baby tak menyusu, susu membengkak. Bila terbangun tengah malam, perasan yang baju boleh basah sebab susu melimpah.. hahaha.

Alhamdulillah rezeki baby hafiz. Sampaikan terpaksa ambil Lecithin untuk kurangkan sakit bengkak! Lecithin pun bagus juga amal semasa tempoh penyusuan. Ia bantu lancarkan aliran susu. Takda lah sakit bengkak tu walaupun susu penuh.



Kalau dulu terpaksa bagi baby susu formula 3-5 kali sehari. Alhamdulillah, lepas sebulan konsisten ambil set menyusu, dah boleh kurangkan bagi susu formula kpd sekali sehari..

Proses penyusuan ni nampak macam mudah, tapi sebenarnya perlukan byk komitmen drp ibu dan sokongan penuh drp keluarga terutamanya suami. Doakan saya dapat bagi full breast feeding. Masih berusaha bagi yang terbaik untuk baby hafiz.


Berminat dengan set penyusuan Shaklee? Boleh hubungi saya okey? Saya boleh pos ke seluruh Malaysia dan COD di sekitar Pekan Ranau.

Pengedar Shaklee,
Amani
013 541 4548 (Whatsapp available)
FB : Nurul Amani
amani048@gmail.com

Thursday, November 3, 2016

Kenapa Kena Pilih yang Semulajadi?




Hidup lestari sama dengan hidup dengan alam semulajadi. Setiap kita punya pilihan. Mahu jadi orang yang sentiasa menerima keadaan, atau jadi antara orang yang merubah keadaan.

Saya? Saya suka jalan yang ke arah kebaikkan, sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. 

Hidup kena sentiasa berbuat baik. kan? hehe.

Macam umi saya.

Umi saya suka tanam sayur. Bila dia tanam, dia selalu guna baja organik. Kalau boleh, tak mahu ada bahan kimia macam kebanyakan sayur yang dijual di pasar.

Masa berpantang baru ni, dia suruh cari ayam kampung. Kenapa? Sebab ayam kampung takda kena suntik hormon bagai. % lemak dia pun tak macam ayam kedai. Walaupun ayam tu liat semacam, tapi khasiatnya lebih. Hihihi.

Kalau balik kampung, hobi adik pergi mandi sungai. Hobi kami pula pegi petik sayur tumbuh liar tepi sungai. Kenapa? Sebab sayur-sayur tu sedapppp tak macam sayur di pasar.

Daerah kami ni antara pusat penanaman sayur terbesar, pelancong luar pun selalu singgah beli sayur di sini, tapi... Tahu tak? Berapa banyak pestisid, herbisid dan macam-macam lagi bahan kimia yang ditabur pada sayuran tersebut? Well, saya tak tahu. Ada juga sebahagian petani yang guna baja organik. Cuma kena sentiasa ambil langkah berjaga-jaga.



Masa di U dulu pula, NC suka sangat nak bagi semua student serap perkataan SUSTAINABILITY. Di mana2 tema sustainability tu ada. Sampaikan assigments, thesis, projects dan soalan exam ada saja yang bertemakan KELESTARIAN.

Kenapa? Sebab kebanyakan yang ada di dunia sekarang ni boleh memusnahkan dunia jg. Contohnya? Penggunaan plastik yang tak boleh lupus, sayur dan buah yang nampak 'sihat' sebab bahan kimia, ayam dan daging yang gemuk2, sampah yang bertimbun, GMO food dan macam2 lagi.

Atas sebab itu juga negeri-negeri di Malaysia ada meletakkan Hari Tanpa Plastik, menggunakan botol dan plastik biodegradeable dan banyak lagi lah untuk kehidupan yang mapan dan lebih selamat.

Saya sebagai individu pun sentiasa mahu yang terbaik untuk diri dan juga insan kesayangan. Bila dapat tahu standard vitamin Shaklee, terus beli dengan yakin.

Shaklee membuat syarat yang ketat dalam memilih bahan mentah untuk vitamin. Bahan mentah tu mesti organik tak boleh guna pestisid, herbesid, GMO etc. Botol dan plastik pun guna bahan biodegradeable. Sebab tu Shaklee dengan yakin guna tagline sentiasa SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.

Lama kelamaan, semua yang ada sekarang ni akan hilang kalau kalau konsep 'semulajadi' tidak dijaga. Tak akan ada lg makanan organik, tak ada sungai bersih, semua makanan pun diubah secara genetik.

Betul tak?

#tsunamishaklee
#shakleeamani
#liveamazing

Wednesday, November 2, 2016

Lecithin bantu saya berpantang



Menyusukan baby memang buat saya cepat laparrr. Berat pun cepat ja mau naik..

Saya pernah terbaca yg anak lelaki ni memang kuat betul menyusu. Betul kaa??

Bgus juga sentiasa ada lecithin ni. Sebab ia bantu lancarkan pengaliran susu dan elak pembengkakkan jg. Paling penting ia halang lemak dan kolestrol menempel di saluran darah. Boleh lah saya maintainkan berat walaupun makan banyak dan besar. Hihihihi.

Promosi lecithin november ni. Boleh beli banyak utk stok masa depan.

Like. Like. Like. I like!!

Nak share beli? Contact sy ya.
Amani
013.541.4548

#shakleeamani

Turun Berat Hampir 10kg

Susah bah turunkan berat.

Bagi tubuh macam saya, yang pastinya sangat mudah untuk naik berat. Nak turun semula? Huhu. Mesti ramai yang tahu kan macam mana susahnya nak turun.

Tahu tak kenapa? Sebab, saya bukan jenis orang yang aktif. Jadi, MAKAN BANYAK dan tinggi kalori sangat mempengaruhi berat. Masa 2013, berat saya naik mendadak. Bila jumpa saudara, takda sorang pun yang tak tegur.

Kalau macik n kazen perempuan, terus terang dorg ckp;
"Teh, kau mengembang!"
"hah, tngok bahu & paha pun boleh tau!"

kazen lelaki pula ckp dgn segan silu;
"Kenapa kau ni macam... erm... macam.. erm... macam... ermm....."

Errmmm... melebar? Huhuhu.

Semua macik pacik & sepupu saya ni TERSANGATLAH JUJUR. betul tak kazen?? Hahaha. Baru terasa sakit jiwa. Mana taknya. Naik hampir 10kg dlm masa bbrp bulan.

Dulu makan sepinggan tapi tambah  lg 2 pinggan. Kalau lauk terung lada putih, ikan masin, OMG! Nafsu makan menderu-deru.

Jadi, bila tekad mau DIET SEIMBANG, saya;
- kecilkan portion nasi
- lebihkan sayur
- banyak minum air
- tak ambil gula/makanan bergula

Huhu. Naik punyalah senang. Tapi nak turun maintain tu payah. All the process ambil masa DUA TAHUN untuk tukar habit makan sahaja!

Dalam tempoh 2 tahun tu, cara makan macam tu jadi habit. Kalau dulu, selagi belum habis lauk, selagi tu lah saya makan.

Kan tika? Hihi

Mau bukti? Huhuhu. tanya adik i, c tika saja lah. 😂

TAPI.. kalau lah saya tahu mau turunkan berat boleh jadi mudah dengan mengamalkan vitamin, mesti dulu tak ambil tempoh begitu lama untuk turun... kan?

Dalam 2 bulan pun boleh kurangkan berat yang dulu saya ambil masa 2 tahun untuk buang. Fuuhhh.

Nak tahu macam mana? boleh hubungi saya; 013 541 4548

Berat seimbang, nutrient pun cukup.


#tsunamishaklee #shakleeamani

Saturday, October 29, 2016

Milk Booster Shaklee


Set Penyusuan Optimum



Shaklee membantu para ibu untuk memudahkan lagi proses penyusuan dengan produk yang dijamin selamat, natural dan semulajadi. Paling penting, dapatkan nasihat daripada pengedar Shaklee yang sah tentang produk dan kesesuaian bagi anda dan bayi.

Set di atas adalah Set Optimum yang bukan saja membantu meningkatkan pengeluaran susu, tetapi juga memberi tenaga optimum bagi ibu-ibu yang memberi susu badan.

Mommies pun tau kan... menyusukan anak boleh jadi memenatkan dan membuatkan badan kita sentiasa lapar. Kalau boleh, setiap kali selepas penyusuan nak makan kan?? hehehe

ESP dalam set ni membantu mommies mengawal rasa lapar dan juga membantu mengawal berat badan serta mengawal kadar kolestrol. ESP juga membantu meningkatkan keupayaan sel-sel otot dan tulang bayi. 

Begitu juga Omega Guard, di samping membekalkan Omega 3 iaitu DHA dan EPA untuk ibu dan juga bayi, ia amat membantu dalam proses mengawal berat badan.




Vitalea merupakan multivitamin yang lengkap dengan zat besi dan membantu peningkatan haemoglobin ibu. SR Vita C Plus pula membantu meningkatkan sistem imun ibu dan secara automatiknya akan meningkatkan antibodi ibu dan bayi.

Alfalfa Complex adalah suplemen paling penting dalam set ini. Ia membantu memekatkan susu ibu serta mempercepatkan penghasilan susu. Bagaimanapun, cara pengambilan setiap individu adalah berbeza. Dapatkan bantuan pengedar Shaklee anda sebelum memulakan pengambilan sebarang Vitamin Shaklee.



Set Asas Penyusuan


Dan.......... jangan lupa, ibu memerlukan air yang secukupnya sepanjang pengambilan vitamin ini; iaitu 1 liter bagi setiap 25kg berat tubuh kita, ataupun lebih.


Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-541 4548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 

Friday, October 28, 2016

Cara Bersihkan Hidung Bayi yang Tersumbat



Si Comel Meragam, Tapi Tak Pasti Kenapa??


Hidung si kecik tersumbat taik hidung!

Hah. Pernah tak alami situasi ni? Para ibu buat macam mana?

Bila hidung bayi tersumbat, mesti susah nak bernafas sebab diorang masih belum pandai bernafas melalui mulut. Bunyi nafas pun lain macam. Bunyi macam time hidung kita tersumbat, but still berusaha nak bernafas melalui hidung. Kesian baby....

Haa.. bila macam tu, cuba check hidung dorang.. sama ada dorang selesema atau cuma sekadar hidung tersumbat sebab tahi hidung! (hoho.. sorry laa.. tak tahu perkataan yang lebih sesuai dan difahami)

Doktor cakap, hidung bayi memang mudah tersumbat sebab dia tak tahan sejuk. Bila sejuk, mula lah berhingus, lepas tu bercampur pula dengan segala benda asing di dalam hidung kecik dia.. Maka, terjadi lah taik hidung yang tebal dan sebesar lubang hidung mereka... faham tak? hohoho.

Masa umur baby Hafiz sebulan, hidung dia selalu tersumbat. huhu.. mula-mula fikir sebab selesema. Kebetulan pula tengah musim angin kuat.. memang musim orang sakit! Mommy pun telan lah beberapa biji Vitamin C nak bagi booster sistem imun badan, supaya baby pun dapat antibodi tu. Beberapa malam tidur tak lena sebab baby asyik meragam. Menyusu pun susah.

Terdetik lah di hati mau check hidung guna lampu suluh. wooooo.. rupanya taik hidung dia penuh sangat, hampir tutup keseluruhan lubang di bahagian dalam. Nak korek pun memang tak dapat sebab dalam. Tapi kalau dapat korek pun, macam mana nak buka dengan selamat?? Baby baru umur sebulan.

Saya dan husband pun meng-Google lah tips nak bersihkan hidung bayi. Almaklumlah kan... new parents. Semua benda serba baru serba serbi tak tahu! hihihi.

As a result, husband beli benda ni;



Beli saja di farmasi. Cara guna pun senang, cuma spray ke dalam hidung bayi. Tak lama lepas tu, taik hidung tu mencair sedikit dan keluar dengan sendirinya masa baby menangis. Kalau tak keluar, guna penyedut hingus untuk baby.. yang tu memudahkan lagi kerja.. Very simple!

Pesanan dari farmasi, jangan guna lebih daripada 5 hari berturut-turut.. nanti baby terlalu bergantung dengan alat tu. Ia tak memberi kesan sampingan sebab kandungannya daripada air laut. Nak minum pun boleh katanya.. hehe.

See? Simple yet very useful!

Tanya parents lain, dorang suruh guna cotton bud, tapi kalau dah keras & dalam, macam mana nak buka? muehehehe.

Okey. Done kisah tentang taik hidung.

Kalau baby still menangis, mungkin dia kena perut kembung atau tak kenyang menyusu... hihi.. 

Ibu yang makan alfalfa, bantu buang angin dalam badan dan secara automatiknya bantu mengurangkan kembung perut bayi yang disusui.

Ada yang nak cari MilkBooster terbaik? hehe. Terbaik lah sebab dah bantu saya hilangkan berat semasa mengandung. Kalau nak tahu, gabungan Alfalfa dan Omega Guard saaaaaangat membantu membuang lelemak dan kolestrol. Total lost 13kg! Kembali slim dan bantu menghilangkan parut cakar rimau. Ngauummm! hehe.

-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE
-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE
-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE

Mommy Hafiz nak tolak lagi 3kg ni! Go go go!

Susu banyak, Baby senang kenyang, mama pun senang hati kan??


Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 




Baca lagi:

Set Hamil Shaklee

Cara Hilangkan Stretch Mark Bersalin

Buang Angin Dalam Badan

Tuesday, October 25, 2016

Set Vitamin Hamil Shaklee



Set Hamil Shaklee membantu ibu hamil dan kandungannya untuk kesihatan maksimum sepanjang tempoh kehamilan. 

Bagi trimester pertama, dicadangkan untuk mengambil suplemen ini;
- ESP
- SR Vita C Plus
- Ostematrix
- B complex
- Vita Lea

Trimester kedua dan ketiga, boleh tambah Omega Guard.

Semua suplemen ini boleh terus diambil untuk Set Pantang Shaklee. Hanya perlu tambah Zinc Complex.

OSTEMATRIX
Membantu mengatasi masalah sakit-sakit pinggang, otot, sengal-sengal badan dan sembelit semasa hamil.

VITA-LEA
Multivitamin yang lengkap dengan zat besi dan membantu meningkatkan haemoglobin ibu yang sedang hamil

ESP
Membantu meningkatkan sel-sel otot dan tulang bayi serta mengawal kadar kolesterol ibu yang sedang hamil.

SR VITA-C PLUS
Membantu meningkatkan imun dan meningkatkan pertumbuhan kolagen.

B-COMPLEX
Mencegah penyakit diabetes ketika hamil dan mengandungi asid folik yang bagus untuk perkembangan saraf bayi.

OMEGA GUARD
Membantu dalam perkembangan sel-sel otak bayi dan mengawal berat badan ibu hamil.



Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 

Facebook: https://www.facebook.com/nurul.amani.52

Monday, October 24, 2016

Kenapa Perlu Pilih Produk Shaklee?





Keistimewaan Produk Shaklee:

1. Shaklee diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat ini tertera pada setiap botol produk.

2. Produk Shaklee adalah mesra alam dan mudah diuraikan.

3. Shaklee diperbuat dari bahan-bahan semulajadi & diproses secara semulajadi. Dan bukan vitamin sintetik.

4. Status halal Shaklee disahkan oleh badan islamik di US, iaitu ISA (Islamic Services of America) yang merupakan badan yang disahkan JAKIM & lebih strict daripada JAKIM sendiri.



6. Shaklee sangat menjaga standard kualiti produk.

Sebagai contoh, polisi Shaklee lebih ketat dari US Food and Drugs Administration (FDA). Walaupun Shaklee adalah produk suplemen tetapi ia mengikuti garis panduan FDA, bukan sekadar garis panduan dari Dietary Supplement Health and Education Act of 1994 (DSHEA).

DSHEA tidak memerlukan ujian klinikal tapi Shaklee melakukan ujian klinikal ke atas setiap bahan yang digunakan untuk memastikan tahap keselamatan, keberkesanan dan pemantauannya terhadap alam sekitar.

Diiktiraf oleh jurnal-jurnal yang melakukan ujian terhadap produk-produk kesihatan seluruh dunia.

Sangat berbaloi untuk jaga kesihatan dengan Shaklee.


Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 

Saturday, October 22, 2016

Rahsia Panjang Umur. Terbukti Secara Saintifik.



Rahsia panjang umur! Siapa nak tahu?

Korang pernah tengok tak Rachel Hunter's Tour of Beauty? Almost every episode akan cakap bahawa rahsia kesihatan dan kecantikan semulajadi lebih kepada DIET. Ada satu pulau tu, majoriti penduduknya mempunyai umur sehingga lebih 100 tahun. Semuanya hanya disebabkan;

diet, lifestyle & love!

Okey. Itu kisah drp TLC TV. Rachel dapat maklumat tersebut melalui orang tempatan. TAPI yang saya nak tekan sini, rahsia umur panjang melalui hasil kajian saintifik.

Menurut kajian, kebanyakan rakyat Jepun hidup paling lama di dunia. Tahu tak kenapa?


Sebab.. DIET yg mereka amalkan. Ikan merupakan antara menu wajib bagi mereka. Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang mengamalkan diet yg banyak Omega3 akan mempunyai telemore yang lebih panjang berbanding orang lain.



Mudahnya, ikan mengandungi Omega 3, Omega3 pula ada kelebihan untuk mencegah telemore menjadi pendek.

TELEMORES ni apa pula?

Terdapat saintis yang mengkaji kesan DNA terhadap kesihatan, termasuklah untuk kanser. Pada tahun 2009, mereka menemui Telemores. Ia seperti penutup di hujung chromosom yang memberi perlindungan semasa sel membahagi. Panjang telemores ni menunjukkan umur dan kesihatan umum tubuh seseorang.




Haaa.. sebab tu pengambilan suplemen daripada minyak ikan sangat digalakkan. Omega Guard adalah sumber Omega3 yang terbaik. So, anda nak sihat tak?



Baca link berikut untuk lihat pilihan minyak ikan yang ada di pasaran;  Jumlah Omega 3 Dalam Minyak Ikan


dan baca sini untuk tahu kelebihan lain Omega 3.


Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 

Facebook: https://www.facebook.com/nurul.amani.52

Hilangkan Strecth Mark Selepas Bersalin






Korang hilangkan strecth mark selepas pregnant macam mana? Cuba kongsi sikit.. :)

Ini cara pilihan saya,

Selain guna krim Herbal Blend, saya amalkan minum soy protein ni.. untuk memperbaiki sel kulit dari dalam. Protein kan penting untuk membaiki tisu dan membina tisu baru. 




Korang tahu tak? 

ESP ni tak sama macam air soya di kedai. Walaupun ESP diekstrak daripada soya, ia lain daripada minuman soya biasa.

Kacang soya ni mengandungi karbohidrat, lemak, protein dan beberapa unsur lain. ESP ni pula hanya ekstrak protein daripada kacang soya. Selebihnya tak ambil. Protein soya  Shaklee diambil daripada soya yang tidak diubah secara genetik (non-GMO). 

psssttt... kalau nak tahu, kacang soya adalah tumbuhan paling kontroversi sebab kebanyakkannya telah diubah secara genetik atas sebab-sebab tertentu. Sebab tu pentingnya untuk tahu asal usul sesebuah produk. 

ESP adalah protein yang lengkap dengan mengandungi 9 jenis asid amino yang baik untuk kulit. Nak kulit gebu, cantik, dan putih sesuai sangat ambil ni. Sihat bukan diluar saja tau, tapi sihat dari dalam juga. Terutamanya yang tengah pregnant tu... hehe.

Tubuh kita ni memerlukan 20 jenis asid amino. Tapi hanya 11 jenis yang mampu dihasilkan oleh tubuh kita. Selebihnya diperoleh melalui sumber makanan. Nak mudah, minum saja ESP. Cukup bekalan protein untuk tubuh kita.

Untuk pengetahuan semua, sel badan kita ni tak dapat hidup lama. Sel kulit kita mampu bertahan hanya dalam 25 hari. Oleh sebab itu tubuh kita perlu sentiasa menghasilkan sel sel baru untuk menggantikan yang lama. 

Resepi kegemaran saya, ESP campur dengan minuman coklat!


haa... oleh sebab tu, ESP ni sangat bagus diamal semasa mengandung dan selepas bersalin. Masa berpantang ni saya amal minum ESP untuk perbaiki kulit yang meregang di perut. Dulu masa pregnant selalu ambil ESP sebab nak kurangkan pedih ulu hati. Susu pun meriah tau!

Bukan saya sorang ja.. yang lain pun sama;





Nak ke nak? :)


Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 
Facebook: https://www.facebook.com/nurul.amani.52



Friday, October 21, 2016

Kenapa Perlu Omega 3?



Nak tahu tak.. Ada apa dengan minyak ikan? Kenapa ia istimewa?

Sebab..

Minyak ikan mengandungi lemak tidak tepu (PUFAs) Omega 3 yang tinggi. 


Omega 3 ni boleh diperoleh daripada beberapa sumber:

Sumber tumbuhan - Alpha linolenic acid (ALA) : Paling tinggi dalam flax seed.

Sumber Haiwan – Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Docosahexaenoic acid (DHA) : Minyak Ikan, Minyak Krill, Minyak hati ikan cod.

Omega 3 ialah antiradang yang sangat penting untuk mengimbangi radang dalam badan.


Kesan anti radang daripada minyak ikan lebih bergantung pada EPA. DHA berfungsi lebih kepada perkembangan otak kanak-kanak dan juga meningkatkan saiz molekul LDL yang mana baik untuk mencegah masalah penyempitan salur darah.





Haa.. kalau nak tahu, Omega Guard ni mengandungi Omega 3 yang tinggi berbanding kebanyakan produk yg hanya lebih minyak berbanding khasiat terpenting. 

Kenapa saya kata begitu? 

Sebab, ada bukti saintifik. Jelas tertera pada setiap label yang ada pada minyak ikan di pasaran. Untuk lebih lanjut, baca post di bawah. Cara untuk kira berapa jumlah Omega 3.



So... tak ada alasan untuk anda salah memilih jika dah tahu yang terbaik. Pilihlah yang anda rasa berbaloi.


Omega Guard ni sesuai untuk:-

- mengawal kadar kolestrol - cegah penyakit kardiovaskular spt jantung - mencegah kanser (payudara, prostat, usus) - terapi untuk obesiti - mengawal tekanan darah tinggi - membantu merawat arthritis - membantu membuang lemak - mencegah asma - mengurangkan batuk dan kahak - membantu perkembangan minda kanak-kanak - membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

Jadilah pengguna yang bijak.. 

Nak nasihat-nasihat berguna? Jangan segan silu hubungi saya.




Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 

Facebook: https://www.facebook.com/nurul.amani.52



Baca Lagi

Omega Guard bantu turunkan berat!

Minyak Ikan Terbaik Dari Laut!

DIY Masker Muka Dengan ESP


Resepi Homemade Yogurt