Wednesday, July 27, 2016

Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) - Produk Shaklee





Also known as the "Herxheimer Reaction", this reaction occurs when the body tries to eliminate toxins at a faster rate than they can be properly disposed of. The more toxic one's bodily systems are, the more severe the detoxification, or healing crisis.
sumber: Website Falconlanco

Healing Crisis/Krisis Penyembuhan merupakan satu proses berterusan dalam badan untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.

Ada customer yg menggunakan set Resdung (alfalfa, vit B & vit C), sedang mengalami salah satu drp simptom healing crisis iaitu jerawat timbul di badan & kencing menjadi lebih keruh dan berbau.




Jangan panik, jangan risau. Itu tandanya badan sedang membuang toksin. Saya sertakan beberapa tips untuk anda yangg sedang mengalaminya dan beberapa simptom healing crisis yang lain dalam gambar di bawah; 



Paling penting, MINUM AIR SECUKUPNYA supaya toksin mudah dikeluarkan daripada tubuh sama ada melalui perkumuhan ataupun perpeluhan.

Lepas detox, InsyaAllah proses penyembuhan pula ambil alih kerana lebih mudah bagi tubuh menyerap nutrient tanpa toksin dalam badan.






Be happy by being healthy! Itu dulu. Bye sayang sayang semua!

Berminat dengan produk Shaklee? 

Hubungi amani; 
Shaklee Independent Distributor

Hp: 013-541 4548 (whatsapps/Telegram/sms)
Fb: https://www.facebook.com/nurul.amani.52?fref=ts
Email: amani048@gmail.com




BACA LAGI

Tuesday, July 26, 2016

Kulit Berseri Dengan Masker Protein Soya ESP!







Nak tau tak? ESP ni banyak kegunaannya. Bukan sekadar untuk diminum, buat smoothies, campur susu/milo or buat biskut.. Tapiiii... Nak buat masker muka pun boleh! Sebab.... ia adalah protein. Sangat sesuai untuk pembentukan sel baru, menggantikan yang telah rosak dan mati.

Caranya?

Ambil 1 sudu besar ESP, campurkan dengan 1 sudu kecil yogurt biasa dan gaul sebati. Sapu rata pada wajah, biarkan selama 30minit.. kemudian, boleh lah bilas


Sangat mudah kan? Kulit pun halus mulus gitu!








Jomm baca sekejap.. apa itu ESP? dan… apa lagi kebaikkannya yang lain?





Sangat tak rugi mencuba ESP ni.. Sebab kebaikkannya sangat banyak… Lagi banyak drp apa telah saya kongsikan dalam post ni.. 

Harga bagi sebotol ESP (850g) adalah RM159.00. Nak harga lagi jimat? Jadi ahli Shaklee seperti saya. penjimatan hampir 30%!! hihihi.. Atau, hubungi saya dulu. Manatau ada diskaun masa korang nak! Jangan segan silu ok!

Be happy by being healthy! Itu dulu. Bye sayang sayang semua!

Berminat dengan produk Shaklee? 

Hubungi amani; 
Shaklee Independent Distributor

Hp: 0135414548 (whatsapps/Telegram/sms)
Fb: https://www.facebook.com/nurul.amani.52?fref=ts
Email: amani048@gmail.com




BACA LAGI

Monday, July 25, 2016

Kurus Dengan Omega Guard !!






Saya sangat suka Omega Guard ni. Kenapa? 

Kalau nak tahu, Omega Guard ni berfungsi jg untuk membakar lemak dan kolestrol selain bagus untuk perkembangan otak bayi. Bukan bagus untuk ibu hamil saja, malah orang yg mau kurus pun sesuai sangat! 


Macam mana Omega Guard ini membantu? Haa… Baca sedikit fakta ni. Tak rugi pun...




  1. Omega bantu bakar lemak melalui hormon leptin yg terkandung dlm asid lemaknya. Asid lemak bantu tingkatkn leptin dlm bdn. bila hormon leptin tinggi kita akan rasa kurang nk makan..dan leptin juga bntu .tingkatkn kadar metabolisme badan. Bila metabolisme badan tinggi, senanglah lemak-lemak dibakar.
  2. Asid Lemak Omega 3 merupakan Anti-Lipogenic (anti penyimpanan lemak dalam badan) dan ianya dpt meningkatkan kadar metabolisme badan seterusnya dptla bakar lemak dgn cepat.
  3. Kandungan asid lemak EPA dan DHA boleh menurunkan paras insulin. Jadi andainya ada apa apa kalori tambahan yang kita amik, ianya akan dibakar dan bukan disimpan sebagai lemak dalam badan.
sumber: Blog DietDietSihat


Saya ambil ni untuk perkembangan baby dalam kandungan, tapi... dapat pula kesan lain yg sangat ketara. Sepanjang pregnant ni, berat naik dengan perlahan walaupun makan entah apa2... kecuali semasa saya stop makan Omega seminggu sebab stok pun mau habis, tiba2 pula berat naik mendadak! 3.5kg in 2 weeks!

Baru lah nampak beza makan atau tak makan Omega Guard tu! Menyesal tak terus makan...

Jadi sekarang, InsyaAllah akan terus istiqomah makan Omega ni. Nak target berat 46kg lepas bersalin nanti!! Sekarang 60kg tau! Sebelum pregnant pun 50kg.

46kg tu berat masa di matrikulasi. Oh, sangat rindu! Wait and see..!!


Jomm tengok testimoni mereka yang telah berjaya kurus dengan Omega Guard;









Harga pasaran bagi Omega Guard adalah RM144.20. Nak harga lagi jimat? Jadi ahli Shaklee seperti saya. penjimatan hampir 30%!! hihihi.. Atau, hubungi saya dulu. Manatau ada diskaun masa korang nak! Jangan segan silu ok!


Be happy by being healthy! Itu dulu. Bye sayang sayang semua!




Nak Tahu Lebih lanjut? Hubungi saya:

Nurul Amani
whatsapp/sms/call: +6 013 5414548
email: amani048@gmail.com





BACA JUGA:

HB blood turun semasa hamil? cara atasinya.

Cara Mengatasi Sakit Tulang, Paha, Pinggang Dan Pinggul Semasa Hamil

Jarum Tetanus Untuk Ibu Hamil


Sunday, July 24, 2016

Buat Yogurt Sendiri Di Rumah - Homemade Yogurt



gambar ihsan dari Mr. Google


Haaa.. memandangkan Facebook mengembalikan memori zaman study di USM dulu.. Nak kongsi lah di sini… memori tu pasal pembuatan dan penjualan yogurt masa degree dulu. Masa 3rd year degree rasanya… hihi.. 

Senyum-senyum tengok gambar zaman muda mudi bersama teman-teman sekelas. Wahh! Sangat rindukan mereka!


Inilah Yogurt Buatan kami dulu!


Buat yogurt sampai tengah malam. Sebab nak make sure masa perapan tu optimum. Jadi, nak share sini cara pembuatan yogurt tu. Masa degree dulu senang lah buat sebab dengan bantuan peralatan makmal yang canggih seperti incubator, termometer, hot plate, peti sejuk (ehhh..??). hahaha…. macam lah di dapur kita takda benda tu kan.. hihihi.


Yogurt yang sedang diperap dalam Incubator 40 degree


Okey. Jom tengok resepi homemade yogurt tu dulu:

  1. Susu segar/ Susu UHT  - 50ml
  2. Susu tepung - 5g
  3. Gula - 1.5g
  4. Yogurt pasaran - 1.5g

**nota: boleh guna sebarang jenama. Pilih lah mana-mana yang anda suka.

Resepi di atas untuk 50 ml susu saja. Tapi, kalau mau buat banyak, buat kira-kira guna rumus di bawah okey? hihihihi.

Gula: 10% daripada jumlah susu segar
Susu Tepung: 3% daripada jumlah susu segar
Yogurt: 3% daripada jumlah susu segar


CARA PEMBUATAN YOGURT 


1. Sediakan 50mL susu  dalam 1 bekas yang tahan panas. Guna ricecooker pun boleh. 

2. Panaskan susu hingga 60 degree. Atau agak-agak dah boleh larut gula tu, stopkan api.

3. Larutkan gula dan susu hingga sebati.

4. Kemudian, panaskan pada suhu 90 degree selama 5 minit. Agak-agak dah nak dekat mendidih, suhu dah mencapai +/- 90 degree, boleh tutup api. Ini penting untuk memastikan semua microbe/kuman mati. Pastikan bekas ditutup dengan baik. So, barulah yogurt diyakini untuk dimakan.

5. Selepas dipanaskan, sejukkan pula sehingga suhu turun ke 40 degree.. Panas sikit saja daripada suhu badan kita. So, pandai2 lah nak agak kalau takda termometer. (step ni penting supaya bakteria dalam yogurt tak mati)

6. Dah sejuk, boleh lah masukkan yogurt ke dalam susu. Yogurt ni mengandungi bakteria Lactobacillus & Streptococcus. Bakteria baik untuk usus kita. hehe

7. Gaulkan sehingga sebati. Pastikan buat dalam keadaan yang bersih.

8. Pindahkan ke dalam bekas yang bersih. Kemudian biarkan yogurt diperap dalam suhu 42 degree. Kalau di makmal, kami guna incubator, tapi kalau tak ada incubator, boleh cuba rendam dalam bekas mcm termos ka.. atau any cooker yang boleh control suhu.. (yg lambat sejuk). Jangan biar dalam suhu bilik, cair jadinya nanti.. Nanti jadi macam yogurt drink pulak.

Biarkan selama lebih kurang 8-15 jam. Suhu 40-42 degree tu, suhu yang ideal untuk pembiakan microbe.. Semakin lama dibiarkan, semakin masam jadinya, sebab penghasilan lactic acid bertambah. Makin lama, makin kental yogurt tu..


9. Selepas proses perapan, yogurt mesti dipindahkan ke peti sejuk.. Ini untuk membantutkan proses pembiakan microbe dan merendahkan penghasilan lactic acid.

*Nak tengok yogurt tu jadi or tak, tengok pada texture. cair atau pejal/kental? biasanya yogurt akan jadi pejal selepas diperap. Sejukkan dalam sejam atau lebih baru sedap dimakan.

Okey, siap! Boleh lah dimakan begitu sahaja atau gunakan kreativiti anda. Nak makan dengan roti ka.. Biskut ka… ataupun aiskrim. 

Nak buat masker campur ESP atau vitamin C Shaklee pun boleh! hihihi


Frozen-kan yogurt tu, buat macam gambar bawah ni pun sedaapppp.. Arghh.. tergoda! 

gambar ihsan Mr. Google


Okey. Dah sudah untuk kali ni. Jumpa di lain lembaran! hehehe..

Ada yang mau order Shaklee? Boleh contact saya ya!




Shaklee Independent Distributor,
Hp: 0135414548 (whatsapps/Telegram/sms)
Fb: https://www.facebook.com/nurul.amani.52?fref=ts
Email: amani048@gmail.com




BACA LAGI






Pengalaman Kencing Manis Semasa Mengandung


Saya kongsikan fakta dan pengalaman saya tentang diabetes ni. Selamat membaca! :)

Kencing manis atau Diabetes adalah keadaan di mana badan kita tidak dapat mengawal kandungan glukosa dalam darah.

Jenis Diabetes:
  • Diabetes Jenis 1
  • Diabetes Jenis 2
  • Gestational Diabetes atau Diabetes Semasa Hamil

Bagi Ibu mengandung, rutin pemeriksaan kesihatan setiap bulan adalah sangat penting. Pemeriksaan berat badan, sampel urin, ujian darah dan tekanan darah sangat penting bagi memastikan risiko-risiko kesihatan yang anda alami.

Bagi Ibu Yang Sedang Mengandung, Siapa Yang Berisiko Mendapat Diabetes?

  • Terdapat gula dalam air kencing semasa pemeriksaan rutin
  • Berlebihan berat badan
  • Mempunyai ibubapa yang menghidap diabetes
  • Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4kg
  • Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat
  • Pernah menghadapi diabetes semasa kehamilan lalu
  • Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air mentuban berlebihan) pada kandungan ini
  • Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan

Pengalaman saya, diabetes yang saya alami mula didiagnos semasa pertambahan berat badan sebanyak 3.5kg dalam masa 2 minggu. Kemudian, ujian demi ujian dilakukan untuk memastikan tahap kestabilan gula dalam darah. 

Apabila ibu hamil mempunyai salah satu daripada simptom di atas, doktor akan suggest buat Ujian MGTT. Ibu mengandung akan disuruh berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam. Biasanya bermula dari jam 12am hingga 8am. Test gula yang pertama dilakukan pada jam 8am. Kebiasaannya, kandungan gula selepas berpuasa 8 jam adalah sekitar 4mmol/l.

Kemudian, ibu akan disuruh minum air glukosa yang pekat dan perlu dihabiskan kurang dari 15 minit. Nasihat saya, minum perlahan-lahan walaupun masa tu anda rasa sangat haus. Air glukosa ni agak pekat dan manis, jadi bila masuk ke tekak mungkin rasa sedikit perit. Selain tu, anda mungkin akan rasa pening dan mual. Sendawa pun boleh rasa nak muntah. 

Kalau muntah, semua proses tu perlu diulang kembali. 

Setelah itu, ibu perlu berpuasa semula selama 2 jam lagi, barulah test gula kedua dijalankan. Masa ni, berdoalah agar insulin dalam tubuh anda telah proses kebanyakan daripada glukosa tersebut. Sebab, kandungan gula yang normal biasanya di bawah 7.8mmol/l. (Rujuk Jadual bagi OGTT)


Semasa saya buat test ni, bacaan gula dalam darah saya adalah 9.6mmol/l. Agak tinggi! Kena jumpa doktor semula untuk nasihat pemakanan dan doktor akan suggest buat beberapa test mengikut keadaan. Selain tu, dalam minggu yang sama, kena buat test Pemantauan Kawalan Glukosa Dalam Darah (BSP) setiap kali sebelum makan dan 2 jam selepas makan. 4 kali cucuk my dear! 

Oleh sebab saya takda kit untuk cek gula, 1 hari tu memang kena berulang alik ke klinik pada waktu pejabat untuk test gula, kemudian ke kecemasan selepas waktu bekerja sehingga waktu sebelum tidur jam 9.30pm.

test gula -> makan -> puasa -> test gula (proses berulang sepanjang hari) 

Tapi… sebab masa test BSP tu saya dah bersedia, selepas sarapan, saya makan VITAMIN B-COMPLEX. Sebelum hari test pun sudah mula kawal pemakanan. Tak ambil gula dan kurangkan karbohidrat. Bacaan gula sepanjang hari test sangat memberangsangkan. Alhamdulillah, gula turun. Tak perlu ulang test lagi..

Untuk pengetahuan anda, B-Complex membantu menukarkan gula kepada tenaga dengan segera.    
Sangat sesuai diambil oleh pesakit kencing manis. Dalam masa sehari saja, 

KADAR GULA TURUN DRP 9.6mmol/l ----> 3.8mmol/l  
(walaupun selepas 2jam makan nasi, gula turun banyak)



bukan B-complex saja, Omega Guard pun membantu mencegah simptom kencing manis semasa mengandung. Ia juga membantu memecahkan lemak dan kolestrol serta mengawal kenaikan berat badan mendadak yang menjadi salah satu faktor risiko menghidap kencing manis. 



Masa kena diagnos kencing manis hari tu, kebetulan seminggu lepas Hari Raya. Memang setiap hari makan kuih raya dan minum air sirap. Vitamin pula asyik terlupa nak makan. Terutamanya Omega Guard sebab dah nak habis stok. Nasihat saya, walaupun nak beraya, Ibu-ibu still kena jaga berat badan ok! Nanti elok-elok takda risiko kencing manis, tiba-tiba dapat.

Sekarang, saya memang dah ada risiko, jadi…. tak boleh bersalin melebihi due date, doktor jangka bersalin sekitar week 36-38. Kalau still tak ada tanda-tanda nak bersalin, pihak hospital akan induced sebelum due date. Masukkan ubat dalam badan dan paksa untuk bersalin. Pengalaman orang, bersalin macam tu lebih sakit sebab sakit contraction tu datang sekaligus.

nak ke? so……. pesanan penulis;
JAGA LAH KESIHATAN ANDA DAN KANDUNGAN ANDA.  

Berminat nak dapatkan Vitamin di atas? Atau set hamil dan bersalin untuk kesihatan menyeluruh?

Hubungi saya;
Shaklee Independent Distributor
Nurul Amani
0135414548 (wsp)
amani048@gmail.com

Sunday, July 17, 2016

Hb blood turun semasa hamil?




Paling tak suka bila pegi klinik; kena ambil darah!! hahaha..


Bagi ibu mengandung, memang akan menjadi rutin setiap kali ke klinik untuk periksa darah. Setiap kali itu juga lah berharap agar bacaan hb blood 11mg/dl ke atas. Baru lah tak akan dengar akak misi leter pasal keburukan hb rendah. 10mg/dl sebenarnya masih baik tapi KKM menetapkan 11mg/dl ke atas adalah paras normal bagi ibu mengandung.

Masa awal2 mengandung memang bergantung sepenuhnya dengan ubat2 yg klinik bagi. Tapi.. siapa yg pernah hamil memang tau lah bau ubat tu macam mana. Terutamanya iron tablet. Urgghh. Rasa dia macam telan hati ayam mentah2!!




Paksa makan mcm mana pun.. tetap termuntah balik. Huhu. Sebab tu lah hb turun teruk. Doktor n nurse leter baru paksa telan balik. 4 kali juga tukar jenis ubat sebelum berkenalan dengan Shaklee.


Makan Vitalea shaklee okey pulak. Bau  ubat dia x sekuat bau ubat klinik. 

Sebelum start makan Vitalea, bergantung juga dengan pemakanan sayuran, hati ayam & segala jenis makanan yg disyorkan. 



Tapi.. orang pregnant kan.. bukan sentiasa dapat semua nutrient tu. Ada yg dimuntahkan balik. Makan pula sikit2. Darah pula semakin turun....

Sampaikan doktor bagi 5 borang suruh buat test, ambil sample darah, kencing & najis utk hantar ke hospital Ranau &  Kota Kinabalu. Hahaha. Jauh benar nak dihantar sample2 tu. 

pengalaman ambil suplement vita lea

Minggu tu baru saja start makan Vitalea Shaklee. Doktor tengok keputusan minggu sebelumnya sebab minggu temu janji dengan doktor memang tak ada blood test.

Pagi hari temu janji tu saya derma laa darah untuk 2 test. Pastu nurse suruh balik dulu untuk kumpul najis pula.

Time tu tengah puasa.. punyalah payah mau tunggu the right timing to go to toilet. Sabar saja laa… 

Petang sebelum jam 5 berjaya kumpul sample2 tu. Tanpa lengah masa, terus hantar ke klinik. Sampai klinik, nurse suruh pegi makmal. Senyum2 nurse di sana tengok saya & suruh saya buang balik sample najis tu. Eh? 

Rupa-rupanya hb blood test pagi tadi dah positif. Hb dah naik ke paras normal. Tak jadi hantar sample ke KK. Waaahhhh! Naik mendadak pulak tu. 

Punyalah happy macam nak melompat pun ada. Hehe.. 

So…..

Ibu2 hamil, kalau tak dapat terima ubat klinik tu, boleh cuba ikhtiar dgn Shaklee pulak ya!




Berminat dengan produk Shaklee? 

Hubungi amani; 

Hp: 0135414548 (whatsapps/Telegram/sms)
Fb: Click --> Nurul Amani
Email: amani048@gmail.com

Saturday, July 16, 2016

Cara Mengatasi Badan Berangin



Rasa seperti ada belon dalam perut??

Bila badan berangin, kembung perut atau perut rasa sebu memang rasa tak senang duduk! Ini biasa terjadi bila kita lambat makan, terlebih minum air atau terlebih makan.

Atau ada yang masuk angin sebab terlebih makan angin?? hehehe.

Jom baca lagi.. saya kongsikan cara mengelak angin berlebihan di dalam badan yang boleh menjadi penyebab kembung perut atau badan berangin,

1. Kurangkan pengambilan makanan berlemak. Lemak dalam makanan akan memperlahankan proses penghadaman dan menyebabkan gas yang terbebas mudah terkumpul

2.Tinggalkan ataupun kurangkan pengambilan makanan yang banyak `angin` seperti baked beans, brokoli, brussel sprouts, kobis, air berkarbonat (air gas), kobis cina, dll. 

3.Jika anda jenis tak tahan dengan laktosa daripada sumber tenusu, elakkan mengambilnya. Boleh juga cuba gantikan dengan makanan rendah laktosa ataupun yang bebas laktosa.

4.Kurangkan pengambilan makanan berserat tinggi buat seketika kerana walaupun serat boleh membantu proses penghadaman makanan, ia juga mengeluarkan banyak gas.

5.Makan dengan tenang dan perlahan. Tergesa-gesa atau gelojoh ketika makan akan mengganggu proses penghadaman.

6. Ambil makanan yang boleh melegakan ketakselesaan akibat angin yang terlalu banyak di dalam badan.



Anda boleh mencuba Peppermint-Ginger Plus yang mengandungi 4 jenis herba semulajadi untuk kesihatan dan kelancaran sistem penghadaman iaitu pudina (mint), halia (ginger), jintan putih (fennel) dan jintan manis (anise).


1.Pudina : Melegakan otot perut, mampu menenangkan perasaan dan mood, membantu penghadaman, baik untuk demam dan selsema serta menyegarkan fikiran.

2.Halia : Bermanfaat untuk pencernaan, membuang angin dalam badan, melegakan ketidakselesaan perut, meredakan loya dan alahan mengandung, mengelakkan mabuk dalam perjalanan

3.Jintan putih : Orang Eropah mengambilnya selepas makan untuk menghilangkan kembung perut, juga baik untuk sakit perut dan masalah usus.

4. Jintan manis : Baik untuk masalah pencernaan, senggugut, batuk dan kahak, memberikan tenaga pada badan dan lembut pada perut.











Harga untuk sebotol Peppermint Ginger Plus : RM47.70 (tak termasuk kos penghantaran)


Berminat dengan produk Shaklee? 

Hubungi amani; 

Hp: 0135414548 (whatsapps/Telegram/sms)
Email: amani048@gmail.com