Sunday, July 24, 2016

Pengalaman Kencing Manis Semasa Mengandung


Saya kongsikan fakta dan pengalaman saya tentang diabetes ni. Selamat membaca! :)

Kencing manis atau Diabetes adalah keadaan di mana badan kita tidak dapat mengawal kandungan glukosa dalam darah.

Jenis Diabetes:
  • Diabetes Jenis 1
  • Diabetes Jenis 2
  • Gestational Diabetes atau Diabetes Semasa Hamil

Bagi Ibu mengandung, rutin pemeriksaan kesihatan setiap bulan adalah sangat penting. Pemeriksaan berat badan, sampel urin, ujian darah dan tekanan darah sangat penting bagi memastikan risiko-risiko kesihatan yang anda alami.

Bagi Ibu Yang Sedang Mengandung, Siapa Yang Berisiko Mendapat Diabetes?

  • Terdapat gula dalam air kencing semasa pemeriksaan rutin
  • Berlebihan berat badan
  • Mempunyai ibubapa yang menghidap diabetes
  • Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4kg
  • Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat
  • Pernah menghadapi diabetes semasa kehamilan lalu
  • Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air mentuban berlebihan) pada kandungan ini
  • Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan

Pengalaman saya, diabetes yang saya alami mula didiagnos semasa pertambahan berat badan sebanyak 3.5kg dalam masa 2 minggu. Kemudian, ujian demi ujian dilakukan untuk memastikan tahap kestabilan gula dalam darah. 

Apabila ibu hamil mempunyai salah satu daripada simptom di atas, doktor akan suggest buat Ujian MGTT. Ibu mengandung akan disuruh berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam. Biasanya bermula dari jam 12am hingga 8am. Test gula yang pertama dilakukan pada jam 8am. Kebiasaannya, kandungan gula selepas berpuasa 8 jam adalah sekitar 4mmol/l.

Kemudian, ibu akan disuruh minum air glukosa yang pekat dan perlu dihabiskan kurang dari 15 minit. Nasihat saya, minum perlahan-lahan walaupun masa tu anda rasa sangat haus. Air glukosa ni agak pekat dan manis, jadi bila masuk ke tekak mungkin rasa sedikit perit. Selain tu, anda mungkin akan rasa pening dan mual. Sendawa pun boleh rasa nak muntah. 

Kalau muntah, semua proses tu perlu diulang kembali. 

Setelah itu, ibu perlu berpuasa semula selama 2 jam lagi, barulah test gula kedua dijalankan. Masa ni, berdoalah agar insulin dalam tubuh anda telah proses kebanyakan daripada glukosa tersebut. Sebab, kandungan gula yang normal biasanya di bawah 7.8mmol/l. (Rujuk Jadual bagi OGTT)


Semasa saya buat test ni, bacaan gula dalam darah saya adalah 9.6mmol/l. Agak tinggi! Kena jumpa doktor semula untuk nasihat pemakanan dan doktor akan suggest buat beberapa test mengikut keadaan. Selain tu, dalam minggu yang sama, kena buat test Pemantauan Kawalan Glukosa Dalam Darah (BSP) setiap kali sebelum makan dan 2 jam selepas makan. 4 kali cucuk my dear! 

Oleh sebab saya takda kit untuk cek gula, 1 hari tu memang kena berulang alik ke klinik pada waktu pejabat untuk test gula, kemudian ke kecemasan selepas waktu bekerja sehingga waktu sebelum tidur jam 9.30pm.

test gula -> makan -> puasa -> test gula (proses berulang sepanjang hari) 

Tapi… sebab masa test BSP tu saya dah bersedia, selepas sarapan, saya makan VITAMIN B-COMPLEX. Sebelum hari test pun sudah mula kawal pemakanan. Tak ambil gula dan kurangkan karbohidrat. Bacaan gula sepanjang hari test sangat memberangsangkan. Alhamdulillah, gula turun. Tak perlu ulang test lagi..

Untuk pengetahuan anda, B-Complex membantu menukarkan gula kepada tenaga dengan segera.    
Sangat sesuai diambil oleh pesakit kencing manis. Dalam masa sehari saja, 

KADAR GULA TURUN DRP 9.6mmol/l ----> 3.8mmol/l  
(walaupun selepas 2jam makan nasi, gula turun banyak)



bukan B-complex saja, Omega Guard pun membantu mencegah simptom kencing manis semasa mengandung. Ia juga membantu memecahkan lemak dan kolestrol serta mengawal kenaikan berat badan mendadak yang menjadi salah satu faktor risiko menghidap kencing manis. 



Masa kena diagnos kencing manis hari tu, kebetulan seminggu lepas Hari Raya. Memang setiap hari makan kuih raya dan minum air sirap. Vitamin pula asyik terlupa nak makan. Terutamanya Omega Guard sebab dah nak habis stok. Nasihat saya, walaupun nak beraya, Ibu-ibu still kena jaga berat badan ok! Nanti elok-elok takda risiko kencing manis, tiba-tiba dapat.

Sekarang, saya memang dah ada risiko, jadi…. tak boleh bersalin melebihi due date, doktor jangka bersalin sekitar week 36-38. Kalau still tak ada tanda-tanda nak bersalin, pihak hospital akan induced sebelum due date. Masukkan ubat dalam badan dan paksa untuk bersalin. Pengalaman orang, bersalin macam tu lebih sakit sebab sakit contraction tu datang sekaligus.

nak ke? so……. pesanan penulis;
JAGA LAH KESIHATAN ANDA DAN KANDUNGAN ANDA.  

Berminat nak dapatkan Vitamin di atas? Atau set hamil dan bersalin untuk kesihatan menyeluruh?

Hubungi saya;
Shaklee Independent Distributor
Nurul Amani
0135414548 (wsp)
amani048@gmail.com

No comments:

Post a Comment