Friday, November 25, 2016

Tips Urus Masa Bisnes

Mari baca, mau kongsi ni. Ikhlas dari hati saya untuk kesayangan semua. 😁

Tips urus masa bisnes dengan baik;

1. BUANG HANDPHONE anda ke laut kalau anda jenis suka main game. Hahaha! Sebab masa main game, confirm kau takkan sedar pun masa berlalu. Ada customer pun boleh kau layan acuh tak acuh saja. Kan? Kan? (Ok. Ini nasihat extreme)

2. TANGGUHKAN KERJA anda bila masuk waktu solat. Sebab, lepas saja tunai tanggungjawab tu, kau akan rasa masa kau ada lebih drp 24jam.

3. JANGAN GATAL nak dating 24jam dengan bakal suami atau isteri anda. Kalau tak, si dia boleh jadi bakal pemusnah 24jam sehari yang kau ada. Serius ni! Kau nak dating/chatting, cari masa yang sesuai. Ni tak, setiap minit kau nak tengok henpon sebab nak tunjukkan kesetiaan kau. Bisnes boleh terbengkalai tau.. (ok. Ini utk yang single aje laa. Haha)

4. JANGAN TIDUR kalau anak anda tengah tidur (bagi yg dah ada anak). Masa tu lah paling heaven nak buat itu ini. Selitlah juga sedikit masa untuk bisnes..

5. PASANG WIFI kalau anda buat bisnes online. Kalau tak, masa kau akan banyak terbuang hanya sebab nak tunggu loading. Yang pakai data, faham sangat situasi ni kan?

6. GUNAKAN GADJET sebaik mungkin jika anda buat online bisnes. Install apps yang bantu anda menjimatkan masa seperti buffer, dll. Tak payah lah menghadap fb/insta sepanjang masa.

Okey. Cukuplah 6.
Rajin pula membebel hari ni. 😁😁

#tsunamishaklee #shakleeamani #prog20

Wednesday, November 23, 2016

LAPISAN SISTEM IMUNISASI TUBUH MANUSIA



Sistem ni merupakan sistem yang membantu mempertahankan tubuh kita daripada sebarang penyakit. Macam barisan pertahanan negara, perlu ada askar dan senjata. Untuk pertahanan tubuh pula, sentaja askar2 ni boleh diperkuatkan melalui nutrien. Kalau tak, sama saja lah macam pisau tumpul. Lawan pun tak guna. Nutrien ni pula datangnya daripada makanan.

Jadi, apa yang kita perlukan untuk kukuhkan sistem pertahanan kita? Nak makan apa?

Berdasarkan cara pertahanan, sistem ni boleh dibahagi kepada 2, iaitu pertahanan spesifik dan nonspesifik. Ia terdiri drp 3 lapisan;

Lapisan Pertama:

Askar pertahanannya adalah kulit, silia, mukus, air liur dan juga jus gastrik.
Nutrien yg diperlukan untuk mengukuhkan pertahanan adalah Vitamin, Mineral, Omega-3 dan Protein. Ini digunakan untuk melawan jangkitan luar seperti mikroorganisma, virus dan radikal bebas.

Lapisan Kedua:

Askar pertahanannya adalah sel darah putih, makrofaj dan natural killer cell.
Nutrien yg perlu untuk menguatkan senjata serangan adalah nutrien drp bawang putih, biji labu, plantago seeds, safflower, japanese honeysuckle dan juga carotenoid. Kerjanya melawan penyakit/patogen yang terlepas melalui pertahanan pertama.

Lapisan Ketiga:

Askarnya adalah antibodi. Nutrien penting untuknya adalah resveratol iaitu sejenis antioksida yang membantu melindungi sel DNA. Musuh utamanya adal sel2 yang rosak. Seperti sel kanser dan penyakit2 kronik.

Dengan mengambil nutrien yang betul, kita boleh lawan penyakit daripada luar dan dalam. Tapi, untuk nutrien yang lebih spesifik, digalakkan untuk mengambil suplemen sebagai makanan tambahan.

Mencegah secara semulajadi lebih baik daripada makan ubat. Dapatkan suplemen dari pengedar yang sah. 😊

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat suplemen yang sesuai mengikut keadaan kesihatan anda. 



Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 

Facebook: https://www.facebook.com/nurul.amani.52

#tsunamishaklee #shakleeamani #proG20 #pengedarsahkleeranau #shakleesabah

Friday, November 18, 2016

Bisnes Shaklee Pilihan Terbaik



Banyak lagi bisnes lain di luar sana. Tapi.. kenapa pilih untuk serius dengan Shaklee? Semuanya bermula sejak merasa keberkesanan suplemen tu sendiri. Macam mana Shaklee mementingkan keselamatan, kesemulajadian dan keberkesanan setiap produknya.

Masa pregnant hari tu, rajin sungguh menggoogle cari info itu ini. Hihi.. kalau tak, mesti akan tanya kawan2 kalau ada something yg meragukan. Ramai antara mereka yg suggest suplement tambahan Shaklee. Produk lain pun ada juga.



Sejak mula pregnant memang teruk sembelit. Macam2 cuba; makan betik, pisang, air berliter2, minum jus kurma pun ada. Tapi still jg sembelit.

Bila masuk trimester kedua, bahagian pinggul, paha & betis pun mudah lenguh. Tapak kaki cepat membengkak. Tanya Nurse cara nak kurangkan, dia cakap tahan sahaja. Tak boleh urut, tak boleh sapu ubat gosok. Huhuhu..

Sedih tau. Saya pun cuba lah mencari iktiar yang boleh digunapakai semasa pregnant dan jumpa produk Shaklee ni.

Alhamdulillah.. lepas consume Ostematrik, masalah sembelit hilang. Hari2 pegi toilet. Lenguh2 pun berkurang.. suka sangat!



Masa mencari ostematrix tu, terjumpa lah blog Ainul Fadzilah. Kisah dia boleh maju dalam bisnes Shaklee. Pada pendapat saya, kalau suplemen ni dah terbukti berkesan, why not try to sell? Hehehe.

Nak beli produk Shaklee atau nak join member juga? Jomm hubungi saya,

Amani
013 541 4548

Thursday, November 17, 2016

Tips menghadapi kelaparan di tengah malam

Siapa ada habit terbangun tengah2 malam, lepas tu cari makanan? Hahaha. I know someone yg macam ni. Mengaku cepat! 😂😂😁😁

Kalau tak makan, lapar.. tapi kalau makan pula, takut naik berat.

Nak bagi tips ni.. Tips menghadapi kelaparan di tengah malam. 😁😁

Caranya, makan makanan yang rendah Glycemic Index (GI). Bagus untuk yang selalu terbangun sebab lapar atau yg mau jaga berat.



Glisemik Indeks ni maksudnya tahap kandungan karbohidrat dalam makanan. Rendah GI bermaksud gula akan dilepaskan perlahan lahan dalam darah. Kalau GI tinggi, cepat lah gula dilepaskan. Sebab itu kita cepat rasa kenyang dan cepat lapar balik.

Saya selalu minum ESP sebelum tidur. Sebab kalau menyusu baby, memang tengah2 malam sakit jiwa juga menahan lapar. Mau makan, takut berat naik habis. Hihi.

Selamatlah perutt...

#tsunamishaklee #shakleeamani #proG20

Wednesday, November 16, 2016

Fungsi Alfalfa Complex



* Merawat gangguan pencernaan.
* Mengawal kolestrol dalam darah
* Menghapuskan kolestrol buruk (LDL)
* Mengurankan risiko penyakit jantung dan strok
* Bagus untuk pesakit diabetis kerana mengurangkan paras gula dalam darah.
* Mencegah edema - Pengumpulan air di dalam badan terutama di bahagian kaki
* Mengurangkan simptom menopaus
* Merawat asma dan lain-lain masalah pernafasan
* Merawat masalah sembelit
* Menyahkan toksik di dalam badan
* Merawat sakit otot dan sendi
* Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
* Membantu masalah penghadaman
* Terkenal dengan fungsinya yang memperbanyakkan susu ibu
* Merawat masalah pundi kencing
* Merawat masalah gastrik dan gangguan hati
* Meningkatkan kesihatan prostat
* Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
* Menghangatkan hubungan suami isteri
* Membantu meningkatkan kesihatan lelaki
* Membantu merawat lain-lain masalah kesihatan seperti alahan, gout, nafas berbau, arthritis, masalah kolon, hernia hayfever, bau badan, ulser dan sinus.

Amani
013 541 4548

Saturday, November 12, 2016

Who is Shaklee?




Dr Forrest C. Shaklee

Shaklee ni sebenarnya nama seorang doktor. 
Dia adalah pengasas kepada Shaklee Corporation. Kalau nak tahu, syarikat ni sudah mula beroperasi sejak tahun 1965.

Bukan itu saja jasa Dr Shaklee, dia ni dikenali juga sebagai Father of Vitamins sebab dia lah orang pertama yang mencipta Vitamin.



Suplimen pertama di dunia dicipta pada tahun 1915 oleh Dr. Shaklee dan dikenali sebagai “Vitalized Minerals”. Tidak lama selepas itu, perkataan VITAMIN tercipta. 

Dr. Shaklee juga merupakan perintis dalam perlindungan alam sekitar di US. Dr Shaklee telah mengeluarkan pencuci organic yang pertama di dunia pada tahun 1960.




Bagaimana suplimen Shaklee ni bermula?

Dr. Shaklee pernah kena kanser di bahagian paha tangan kerana terlalu lama terdedah dengan x-ray. Pada masa itu, belum ada pendedahan tentang bahaya x-ray. Sejak itu, dia buat keputusan untuk berhenti dan menjual kliniknya. 

Sejak itu, Dr. Shaklee mengamalkan program nutrisi yang ketat, berpuasa dan membuat analisis darah secara berkala. Dr. Shaklee hanya makan buah-buahan dan sayuran yang segar dalam dietnya beserta vitamin dan mineral.

Setahun selepas itu, akhirnya tisu pada bahagian yang sakit telah sembuh dan diganti dengan tisu yang sihat. Dr. Shaklee kembali bertenaga. Dia akhirnya bebas kanser dengan hanya menggunakan pengetahuan herba dan nutrisi. 

Bermula daripada itu, dia menghasilkan lebih banyak food suplimen untuk memenuhi keperluan nutrisi dan mineral. Dia percaya bahawa dengan mengamalkan diet yang sihat, penyakit boleh dielakkan.

Sehingga kini, philosophy Dr. Shaklee semakin diperkembangkan dalam Shaklee Coorporation.



Lets living in harmony with nature. 

Pengedar Shaklee,
Amani
0135414548


Wednesday, November 9, 2016

Detoks VS Diet





Siapa pernah detox? Atau buang toksin dalam badan yang telah sekian lama terperap sejak dulu kala?

Perasan tak, berapa banyak toksin dalam badan kita? Zaman sekarang ni, hampir semua makanan mengandungi toksin.. Sayur dan buah ada pesticide, herbicide. Ayam, daging dan ikan pun ada hormon atau bahan pengawet. Tu belum campur dengan toksin yang kita sedut melalui udara, bahan make up yang kita guna, losyen, dalam lain-lain.

Haaa.. dah berapa banyak toksin dalam badan?

Tahu tak lemak dan kolestrol dalam badan sebenarnya melindungi organ drp toksin.. sebab tu, ada antara kita yg lemak banyak sebab toksin. Bila toksin makin pekat, makin banyaklah lemak dihasilkan.




Oleh itu, disamping nak kurus, detox dulu. Masa detox tu pun memang akan turun juga.. Lepas toxon dibuang, semua nutrient pun mudah diserap oleh tubuh. Jadi, mudahlah nak kurus..



Sy pun pernah detox jg ni.. 3 tahun lalu.. kesan dia sampai sekarang ni. Kesannya?
✔ kurang craving makanan ringan
✔ berhenti minum minuman bergas
✔ kurang minum 3 in 1
✔ cara pemakanan pun berubah
✔ pengambilan nasi berkurang

Berat badan pun tidak mudah naik macam sebelum detox. Berat maintain 49-50kg sejak 2 tahun lalu walaupun makan macam2. Sebelum detox, kalau makan lebih sikit, dalam sebulan boleh naik 2kg. 😅

Cuma lepas bersalin ni, proses turun naik tu lain sikit. Mungkin sebab hormon badan berubah sudah. Pemakanan pun berubah. Hihi.. kena mula detox secara perlahan lagi!

First time buat, detox ni boleh menyakitkan jiwa tau! Hahaha. Tapi pendapat saya, kalau ambil dengan vitamin atau apa2 makanan tambahan untuk cukupkan keperluan nutrisi dan bantu buang lemak dan kolestrol, proses tu jadi lebih mudah. Believe me. 😊

Jomm detoks dengan Set Detox Shaklee:
1. Alfalfa
2. Herb lax
3. Lecithin
4. Peppermint Ginger Plus
5. Vivix

Bagaimana caranya? Hubungi saya untuk penjelasan lebih detail supaya kita boleh tahu kesusaian anda dengan program detoks Shaklee. Menu diet pun turut disertakan tau!



Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 

Monday, November 7, 2016

Set Penyusuan Shaklee Terbaik. Betul ke??


Betul ke? Jomm saya jawap soalan anda melalui pengalaman saya menggunakan set penyusuan Shaklee.



Pengalaman saya menggunakan set penyusan Shaklee.

Kalau dulu guna set hamil shaklee. Sekarang guna set menyusu Shaklee pula.. Hihihi. Set shaklee ni senang betul jadi kegemaran saya sebab memang berkesan!

Untuk Set Penyusuan Shaklee ni, saya amal ESP, Alfalfa dan Vitalea. Sebenarnya.. saya beli alfalfa ja untuk penyusuan. ESP dan Vitalea tu lebihan vitamin sejak pregnat. Nampak tak? Boleh guna lama vitamin ni.. setakat ni vitalea tu bertahan lebih 5 bln. Sekali sehari ja makan. Cuma ESP tu canister kedua saya beli. Time pregnant hari tu rajin minum sebab selalu pedih ulu hati.

Ok. Back to set penyusuan.

Macam mana saya boleh suka?

Selepas bersalin hari tu, saya memang agak letih dan stress. Dengan luka jahitan yang masih sakit, setiap hari terpaksa ulang alik dr rumah ke klinik atau hospital sebab jaundis baby sangat tinggi.

Penat, sakit dan stress tu membuatkan susu badan drop. Tambahan lagi, puting sedikit tenggelam. Baby susah menyusu. Huhu. Baby baru umur 2 mggu tp susu drop teruk. Masa masuk wad, doktor bgtau yang badan baby kurang air. Maksudnya, kurang lah minum susu.

Masa tu tak ada pilihan lain selain bagi susu formula. Hati ibu mana lah tak sedih. Sejak pregnant plan mau fully breast feeding. Saya menangis bila pertama kali tengok husband susukan baby dgn susu formula. Huhu. 

Baby umur sebulan baru mula ambil alfalfa. Alhamdulillah. Memang milkbooster!! Sebelum ni susu tak pernah bengkak pun. Tapi lepas makan alfalfa, baru 2 jam baby tak menyusu, susu membengkak. Bila terbangun tengah malam, perasan yang baju boleh basah sebab susu melimpah.. hahaha.

Alhamdulillah rezeki baby hafiz. Sampaikan terpaksa ambil Lecithin untuk kurangkan sakit bengkak! Lecithin pun bagus juga amal semasa tempoh penyusuan. Ia bantu lancarkan aliran susu. Takda lah sakit bengkak tu walaupun susu penuh.



Kalau dulu terpaksa bagi baby susu formula 3-5 kali sehari. Alhamdulillah, lepas sebulan konsisten ambil set menyusu, dah boleh kurangkan bagi susu formula kpd sekali sehari..

Proses penyusuan ni nampak macam mudah, tapi sebenarnya perlukan byk komitmen drp ibu dan sokongan penuh drp keluarga terutamanya suami. Doakan saya dapat bagi full breast feeding. Masih berusaha bagi yang terbaik untuk baby hafiz.


Berminat dengan set penyusuan Shaklee? Boleh hubungi saya okey? Saya boleh pos ke seluruh Malaysia dan COD di sekitar Pekan Ranau.

Pengedar Shaklee,
Amani
013 541 4548 (Whatsapp available)
FB : Nurul Amani
amani048@gmail.com

Thursday, November 3, 2016

Kenapa Kena Pilih yang Semulajadi?




Hidup lestari sama dengan hidup dengan alam semulajadi. Setiap kita punya pilihan. Mahu jadi orang yang sentiasa menerima keadaan, atau jadi antara orang yang merubah keadaan.

Saya? Saya suka jalan yang ke arah kebaikkan, sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. 

Hidup kena sentiasa berbuat baik. kan? hehe.

Macam umi saya.

Umi saya suka tanam sayur. Bila dia tanam, dia selalu guna baja organik. Kalau boleh, tak mahu ada bahan kimia macam kebanyakan sayur yang dijual di pasar.

Masa berpantang baru ni, dia suruh cari ayam kampung. Kenapa? Sebab ayam kampung takda kena suntik hormon bagai. % lemak dia pun tak macam ayam kedai. Walaupun ayam tu liat semacam, tapi khasiatnya lebih. Hihihi.

Kalau balik kampung, hobi adik pergi mandi sungai. Hobi kami pula pegi petik sayur tumbuh liar tepi sungai. Kenapa? Sebab sayur-sayur tu sedapppp tak macam sayur di pasar.

Daerah kami ni antara pusat penanaman sayur terbesar, pelancong luar pun selalu singgah beli sayur di sini, tapi... Tahu tak? Berapa banyak pestisid, herbisid dan macam-macam lagi bahan kimia yang ditabur pada sayuran tersebut? Well, saya tak tahu. Ada juga sebahagian petani yang guna baja organik. Cuma kena sentiasa ambil langkah berjaga-jaga.



Masa di U dulu pula, NC suka sangat nak bagi semua student serap perkataan SUSTAINABILITY. Di mana2 tema sustainability tu ada. Sampaikan assigments, thesis, projects dan soalan exam ada saja yang bertemakan KELESTARIAN.

Kenapa? Sebab kebanyakan yang ada di dunia sekarang ni boleh memusnahkan dunia jg. Contohnya? Penggunaan plastik yang tak boleh lupus, sayur dan buah yang nampak 'sihat' sebab bahan kimia, ayam dan daging yang gemuk2, sampah yang bertimbun, GMO food dan macam2 lagi.

Atas sebab itu juga negeri-negeri di Malaysia ada meletakkan Hari Tanpa Plastik, menggunakan botol dan plastik biodegradeable dan banyak lagi lah untuk kehidupan yang mapan dan lebih selamat.

Saya sebagai individu pun sentiasa mahu yang terbaik untuk diri dan juga insan kesayangan. Bila dapat tahu standard vitamin Shaklee, terus beli dengan yakin.

Shaklee membuat syarat yang ketat dalam memilih bahan mentah untuk vitamin. Bahan mentah tu mesti organik tak boleh guna pestisid, herbesid, GMO etc. Botol dan plastik pun guna bahan biodegradeable. Sebab tu Shaklee dengan yakin guna tagline sentiasa SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.

Lama kelamaan, semua yang ada sekarang ni akan hilang kalau kalau konsep 'semulajadi' tidak dijaga. Tak akan ada lg makanan organik, tak ada sungai bersih, semua makanan pun diubah secara genetik.

Betul tak?

#tsunamishaklee
#shakleeamani
#liveamazing

Wednesday, November 2, 2016

Lecithin bantu saya berpantang



Menyusukan baby memang buat saya cepat laparrr. Berat pun cepat ja mau naik..

Saya pernah terbaca yg anak lelaki ni memang kuat betul menyusu. Betul kaa??

Bgus juga sentiasa ada lecithin ni. Sebab ia bantu lancarkan pengaliran susu dan elak pembengkakkan jg. Paling penting ia halang lemak dan kolestrol menempel di saluran darah. Boleh lah saya maintainkan berat walaupun makan banyak dan besar. Hihihihi.

Promosi lecithin november ni. Boleh beli banyak utk stok masa depan.

Like. Like. Like. I like!!

Nak share beli? Contact sy ya.
Amani
013.541.4548

#shakleeamani

Turun Berat Hampir 10kg

Susah bah turunkan berat.

Bagi tubuh macam saya, yang pastinya sangat mudah untuk naik berat. Nak turun semula? Huhu. Mesti ramai yang tahu kan macam mana susahnya nak turun.

Tahu tak kenapa? Sebab, saya bukan jenis orang yang aktif. Jadi, MAKAN BANYAK dan tinggi kalori sangat mempengaruhi berat. Masa 2013, berat saya naik mendadak. Bila jumpa saudara, takda sorang pun yang tak tegur.

Kalau macik n kazen perempuan, terus terang dorg ckp;
"Teh, kau mengembang!"
"hah, tngok bahu & paha pun boleh tau!"

kazen lelaki pula ckp dgn segan silu;
"Kenapa kau ni macam... erm... macam.. erm... macam... ermm....."

Errmmm... melebar? Huhuhu.

Semua macik pacik & sepupu saya ni TERSANGATLAH JUJUR. betul tak kazen?? Hahaha. Baru terasa sakit jiwa. Mana taknya. Naik hampir 10kg dlm masa bbrp bulan.

Dulu makan sepinggan tapi tambah  lg 2 pinggan. Kalau lauk terung lada putih, ikan masin, OMG! Nafsu makan menderu-deru.

Jadi, bila tekad mau DIET SEIMBANG, saya;
- kecilkan portion nasi
- lebihkan sayur
- banyak minum air
- tak ambil gula/makanan bergula

Huhu. Naik punyalah senang. Tapi nak turun maintain tu payah. All the process ambil masa DUA TAHUN untuk tukar habit makan sahaja!

Dalam tempoh 2 tahun tu, cara makan macam tu jadi habit. Kalau dulu, selagi belum habis lauk, selagi tu lah saya makan.

Kan tika? Hihi

Mau bukti? Huhuhu. tanya adik i, c tika saja lah. 😂

TAPI.. kalau lah saya tahu mau turunkan berat boleh jadi mudah dengan mengamalkan vitamin, mesti dulu tak ambil tempoh begitu lama untuk turun... kan?

Dalam 2 bulan pun boleh kurangkan berat yang dulu saya ambil masa 2 tahun untuk buang. Fuuhhh.

Nak tahu macam mana? boleh hubungi saya; 013 541 4548

Berat seimbang, nutrient pun cukup.


#tsunamishaklee #shakleeamani