Monday, April 24, 2017

AIR KENCING BERBUIH yang disangka biasa saja rupanya petanda bagi BUAH PINGGANG BOCOR. Pesakit ini kongsikan kisahnya.


Penyakit buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome ini berlaku apabila 'penapis' / glomerulli dalam buah pinggang rosak atau bocor. Keadaan ini mengakibatkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan.

Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan air keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan pada muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. Kehilangan protein juga mengakibatkan hati mula menghasilkan lebih banyak lemak sehingga terjadi HYPERLIPIDEMIA iaitu keadaan bila mana terdapat banyak lemak dalam darah.


GEJALA NEPHROTIC SYNDROME

1. Tubuh tidak bermaya
2. Mata dan muka kelihatan bengkak apabila bangun dari tidur
3. Kencing berbuih
4. Kaki mudah bengkak apabila berdiri lama
5. Perut kembung
6. Sakit perut
7. Cirit birit

CARA DIAGNOS

1. Ujian air kencing dipstick untuk melihat kehadiran protein dalam air kencing
2. Ujian air kencing 24 jam untuk mengira protein secara tepat
3. Ujian darah untuk mengetahui kehadiran creatinine dan urea
4. Ujian Biopsi dengan mengambil sedikit tisu buah pinggang untuk menentukan jenis nephrotic syndrome.

KOMPLIKASI

- Lemah antibodi, mudah terkena jangkitan kuman yang membawa maut
- Masalah darah beku
- Tahap kolestrol dan trigliserida yang tinggi
- Kekurangan zat makanan
- Tekanan darah tinggi
- Kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir, DIALISIS atau PEMINDAHAN BUAH PINGGANG mungkin diperlukan

RAWATAN ALTERNATIF TANPA STEROID DAN BIOPSI



Kaedah Biopsi; jarum disuntik ke dalam buah pinggang untuk mengambil sampel


Pesakit buah pinggang bocor ini perlu melalui biopsi iaitu pengasingan tisu, sel atau cecair tubuh daripada pesakit untuk mengkaji penyakit yang dihadapinya. Disamping itu, para pesakit juga akan dibekalkan steroid yang kita ketahui banyak kesan sampingan yang negatif untuk tubuh.

Kalau anda pun, pasti akan cari alternatif lain sebelum cuba dua kaedah ni bukan? Begitu juga lah Tuan Rosdi yang berusaha untuk kembali sihat tanpa sebarang penyakit.

............................

KISAH TUAN ROSDI YANG SEMBUH DARIPADA NEPHROTIC SYNDROME TANPA PERLU BOPSI DAN STEROID



Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

............................


Rawatan alternatif yang telah dicuba oleh pesakit buah pinggang bocor dalam testimonial di atas adalah VIVIX SHAKLEE. VIVIX yang diambil secara konsisten dan betul inshaAllah boleh membantu anda kembali pulih daripada penyakit buah pinggang bocor secara selamat dan semulajadi.

VIVIX Shaklee adalah campuran unik dari Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan lobak ungu. Keempat-empat bahan ini memang terkenal kaya dengan antioksida. VIVIX bertindak dengan cara merawat dan membaiki sel yang rosak serta memberi tenaga pada sel-sel untuk melawan penyakit.


BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN VIVIX?

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee, bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-


Puan Amani Waldin
SMS/whatapps/Call: 013-5414548
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com
Facebook:https://www.facebook.com/nurul.amani.52

Saturday, April 22, 2017

BULU BADAN BERLEBIHAN BAWA AMARAN; ANDA MUNGKIN MANDUL!! Ladies, please take note.



Bulu badan berlebihan pada tubuh terutamanya wanita, mungkin membawa pentanda yang anda menghidap PCOS. Ini terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon progesterone dan testosterone.

Annalise Hackleman yang menghidap PCOS sejak berumur 13 tahun
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari menjadi bengkak sebab benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Jika tidak dirawat, PCOS boleh menyebabkan beberapa gangguan lain dalam jangka masa panjang, kes yang paling teruk ialah kemandulan.


SIMPTOM PCOS

Jika anda mengalami PCOS anda mungkin mengalami yang berikut:

✔ haid yang tidak tetap atau tidak datang haid;
✔ darah yang keluar semasa haid sangat sedikit atau sangat banyak;
✔ ketidakselesaan perut pada tahap ringan hingga pertengahan;
✔ bulu lebat tumbuh pada muka, dada dan bahagian bawah abdomen;
✔ jerawat.

Anda juga mungkin:

✔ tidak subur
✔ mempunyai berat badan berlebihan.



Kaedah rawatan yang biasa dicadangkan oleh doktor adalah mengawal pemakanan dengan seimbang, turunkan berat badan serta tambahkan senaman. Mengurangkan berat badan walaupun sedikit akan bantu seimbangkan hormon.

Bagi sesetengah kes, ia mungkin memerlukan bantuan perubatan atau pembedahan.

Dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami simptom seperti di atas.

Salah satu alternatif dalam mengurangkan risiko PCOS adalah dengan mengamalkan Vivix dan GLA.

Vivix mengandungi resveratrol yang tinggi antioksida. Ia mampu menguatkan tubuh hingga ke tahap sel DNA. Sel/organ yang rosak akan diperbaiki. Selain itu, ia membantu juga dalam penurunan berat badan dengan menghalang lemak dan kolestrol jahat daripada terkumpul dalam badan.

GLA Complex mengimbangi dan mengawalatur semula hormon wanita supaya kitaran haid kembali normal. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita dan membaiki simptom seperti senggugut, mood swing, retensi air dan sakit payudara.



Hubungi saya untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai produk ini. Anda boleh dapatkan harga istimewa bagi pembelian tertentu. Bagi setiap pembelian, anda layak untuk mendapatkan konsultasi percuma.


Pengedar Vivix Shaklee,

Puan Amani Waldin
SMS/whatapps/Call: 013-5414548
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com
Facebook:https://www.facebook.com/nurul.amani.52

Tuesday, April 11, 2017

Pembedahan Katarak Dibatalkan Selepas Amal Makanan Tinggi Antioksida. Wanita Ini Kongsikan Rahsianya.



Katarak merupakan penyebab utama kehilangan penglihatan atau buta khususnya mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Katarak adalah penyakit yang boleh menyebabkan buta kekal, bergantung pada faktor usia, radiasi UV, kekurangan gizi dan vitamin, serta faktor kesihatan lain.

Katarak berlaku apabila lensa mata menjadi keras, pejal dan kasar. Lensa mata yang rosak tidak dapat menghantar cahaya ke retina untuk diproses dan dikirim kembali melalui syarat optik ke otak.

Ikuti pengalaman wanita penderita katarak ini. Kedua-dua matanya memerlukan pembedahan. Tapi, segalanya berubah setelah mengamalkan makanan tambahan yang tinggi antioksida dan penuh nutrisi penting untuk tenaga sel.





.....................................................................................................................

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 44: SABARIAH ABDUL RAHMAN

[DAH TAK PERLU PEMBEDAHAN KATARAK SELEPAS AMALKAN MEGADOSE VIVIX DAN CAROTOMAX]


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017.

Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat.

Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak.

Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum.

Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee.

Terima kasih.

.....................................................................................................................................


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee, bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

 
Puan Amani Waldin
SMS/whatapps/Call: 013-5414548
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com
Facebook:https://www.facebook.com/nurul.amani.52

Sunday, April 9, 2017

PLANTAR FASCIITIS: Sakit tumit yang amat sangat! Pesakit ini tekad berhenti makan painkiller dan cuba cara ini.



Plantar fasciitis adalah penyebab masalah paling biasa pada tumit kaki, dan ia sangat menyakitkan! Rasanya seperti terpijak jarum bila berdiri.

Plantar fascia adalah ligamen yang menghubungkan tumit dengan tulang jari kaki. Ia berfungsi untuk menyokong tapak kaki. Bila plantar fascia cedera, ia akan menyebabkannya lemah, bengkak dan radang. Sebab itu, bahagian tumit kaki terasa sangat sakit bila berdiri dan berjalan.

Simptom Plantar Fasciitis
Kebiasaannya, penderita Plantar Fasciitis ini rasa yang amat sakit ketika baru bangun tidur atau bangun dari duduk yang lama. Kesakitan akan berkurang setelah beberapa lama melangkah namun tetap akan merasa kesakitannya kembali terutamanya ketika menaiki tangga, berjalan di kawasan tidak rata, berdiri lama atau berlari.

Namun, jika anda sakit kaki pada waktu malam, ia mungkin juga penyakit lain seperti arthritis atau masalah saraf atau juga masalah saraf seperti tarsal tunnel syndrome.


Bagaimana Merawat Plantar Fasciitis?

Tidak ada ubat yang khusus untuk merawat ia, tapi ada beberapa cara yang boleh mengurangkan simptomnya.



........................... 

SUPERMOM SHAKLEE STORY 
TESTIMONI 47:

DERITA SAKIT TUMIT BERAKHIR SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi.

Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit  akan on off on off.

Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”

Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta  boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini.

Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.

Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu.

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri.


Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!!  PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

........................

Ya. Setuju. Bila dah sakit, apa-apa pun sanggup kita buat untuk sihat kembali kan. Sebab tu menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat adalah lebih baik berbanding merawatnya.

Suplemen Shaklee bukanlah ubat untuk menyembuhkan, sebaliknya ia adalah makanan tambahan bernutrisi untuk menyokong tubuh melawan penyakit, memberi tenaga kepada sel dan memberi nutrisi kepada sel.

Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

 
Puan Amani Waldin
SMS/whatapps/Call: 013-5414548
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com
Facebook:https://www.facebook.com/nurul.amani.52

Saturday, April 8, 2017

BATU KARANG MENYAKITKAN! Bagaimana Wanita Ini Sembuh?


BAGAIMANA BATU KARANG TERJADI?

Antara punca terjadinya batu karang ialah kurang minum air. Batu karang terbentuk disebabkan bila terdapatnya kepekatan  yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal.

ANTARA TANDA TANDA BATU KARANG

- Air kencing berdarah
- Air kencing keruh dan berbau busuk
- Kencing tak lawas
- Rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan
- Rasa sakit yang tajam pada testikel
- Demam jika terdapat jangkitan kuman
- Rasa sakit dan sengal-sengal di belakang jika batu karang di buah pinggang
- Loya, muntah dan sesak nafas bagi kes kronik (kegagalan buah pinggang)

Kisah di bawah ni adalah perkongsian daripada pengguna Vivix. Wanita ni kena batu karang yang sakit sangat sampai tak boleh jalan.


.........................................................

Supemom Shaklee Story


OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)

TESTIMONI 10

[SAKIT BATU KARANG SEMBUH SELEPAS AMALKAN VIVIX]


Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Akmal Mustafa dan berumur 28 tahun. Saya seorang suri rumah, mempunyai 3 orang anak dan kini menetap di Terengganu. Saya pernah mengalami masalah sakit kencing sejak dari bangku sekolah. Seingat saya ketika saya di tingkatan tiga.

Penyakit tersebut berlarutan untuk jangka masa yang agak lama. Hinggalah apabila saya berkahwin pada tahun 2008. Kesakitan yang saya alami semakin teruk. Saya mula tahu saya menghidap batu karang apabila terjadi insiden selepas saya mengurut perut dengan bidan, pada hari yang sama saya merasa sakit yang terlampau dahsyat.

Seperti ada sesuatu yang tajam seolah menghiris bahagian peranakan seta saluran kencing saya hingga menyebabkan saya menggelupur kesakitan. Bahkan saya tak mampu untuk berjalan kerana terlampau sakit. Suami saya terpaksa menggendong saya ke hospital kerana keadaan saya yang tak mampu untuk berjalan.

Bermula dari situ doktor melakukan scan dan test urine dan dapat detect saya mengalami batu karang. Ini berlarutan sehingga saya merasa sakit dalam saluran kencing, sakit ketika bersama suami, rahim bengkak dan jangkitan kuman. Saya mengalami perkara ini sejak berumur 15tahun. Selain ubat hospital saya ada berikhtiar dengan ubatan kampung. Minum rebusan akar kayu dan ubat homeopathy.

Tapi kesannya saya mengalami pening yang melampau serta saya juga terpaksa berjumpa pakar ENT kerana ubat yang saya makan menyebabkan dalaman saya kepanasan hingga memberi effect telinga saya sakit dan berdengung.

Doktor sarankan saya berhenti dan mencadangkan saya supaya makan ubatan yang telah ditetapkan dos pengambilan yang betul. Akhirnya saya stop dan selepas itu hanya menggunakan suplemen Shaklee. Saya berikhtiar dengan produk Shaklee selepas hasil pencarian di internet.

Pada mulanya saya hanya mengambil Alfalfa Complex dan Garlic sebagai langkah untuk mencegah kencing kotor. Alhamdulilah sekitar 1 minggu konsisten saya dapat kesan positif. Sakit bertahun yang saya alami dan bergantung dengan pil killer untuk tahan kesakitan hilang! Lepas tu saya mula ambil tambahan vitamin lain seperti Ostematrix dan Vita-C. Then saya buat pemeriksaan doktor untuk kepastian, sakit kencing saya hilang, kencing kotor pun pulih, rahim dah tak bengkak. Tapi batu karang masih ada.

Kemudian saya mula membeli tambahan vitamin sebab saya nk kesan yang extra. Saya nak hilangkan terus batu karang. Saya mula minum Vivix. Alhamdulilah. Bersyukur sgt asbab sebotol Vivix yang saya minum, hasil pemeriksaan doktor batu karang saya hilang!  Doktor pun terkejut dan tanya apa yang saya amalkan. Saya bawa botol Vivix dan tunjuk pada doktor. Doktor nasihatkan saya untuk terus amalkan pengambilan nutrisi yg sihat untuk mencegah batu karang dari terbentuk kembali. Saya mula beli Vivix selepas daftar sebagai ahli Shaklee.

Saya tahu tentang Vivix hasil dari research dan produk study serta mencari testimoni pengguna Vivix. Saya mengambil sesudu kecil sekali sehari. Saya juga turun mengambil suplemen Shaklee lain seperti Garlic, Alfalfa, Garlic, Vita-C dan Ostematrix. Antara healing crysis yang saya alami ialah letih dan mengantuk, kencing menjadi sangat kuning dan beransur bersih dari hari ke hari. Oleh kerana saya menyusukan anak, hari pertama dan kedua baby kurang menyusu, mungkin ada perubahan pada rasa. Tapi saya lebihkan minum air putih. Sesudu Vivix sehari saya bahagikan untuk pengambilan 3 hari supaya kandungannya dapat balance dgn tubuh saya.

Alhamdulilah dengan cara tu baby saya kembali menyusu macam biasa dan lepas tu saya minum sesudu kecil sekali sehari balik. Dua minggu selepas minum Vivix, perubahan ketara saya tak lagi rasa sakit dan tak selesa pada saluran kencing. Tubuh menjadi ringan dan bertenaga dan tak mudah letih. Susu badan juga semakin meriah.

Saya mengambil masa dua bulan makan pil dan vitamin dan 2 minggu untuk menghabiskan 1 botol Vivix. Hasil scan dan urine test kuman batu karang dan batu karang hilang. Saranan saya pada yang mengalami penyakit batu karang, cubalah berikhtiar dengan suplemen Shaklee terutamanya Vivix, kerana Vivix berfungsi membantu untuk merawat sistem dalaman tubuh badan kita.

Saya sangat bersyukur pada Allah asbab pengambilan ViVix dan beberapa vitamin lain batu karang saya sembuh. Saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee. Alhamdulilah dan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya saya sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan tenang. Terima kasih atas peluang ini.

......................................................................................................

BAGAIMANA VIVIX BANTU HILANGKAN BATU KARANG?

Resveratol dalam Vivix mengandungi antioksidan yang tinggi. Ia berfungsi;

- Membaiki dan melindungi selular DNA supaya sentiasa baik
- Mengawal genetik supaya sentiasa melambatkan penuaan sel badan
- Menggalakkan pembentukan mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel tubuh
- Melawan penyakit dan ketidakstabilan badan

Alhamdulillah, siapa tak gembira bila sakit yang dah lama kita alami hilang kan? Kalau anda atau saudara anda sakit batu karang, boleh lah cuba ikhtiar dengan Shaklee.

Saya nak ingatkan di sini, Vivix atau suplemen lain Shaklee adalah makanan tambahan. Ia bukan ubat walaupun banyak kajian telah membuktikan keberkesanan Shaklee dalam menyembuhkan penyakit. Suplemen adalah makanan tambahan yang tinggi nutrisi. Oleh sebab pemakanan kita yang kurang nutrisi, suplemen bantu mencukupkan keperluan serta bantu imun sistem tubuh kita untuk lebih kuat melawan penyakit.

Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

Puan Amani Waldin
SMS/whatapps/Call: 013-5414548
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com
Facebook:https://www.facebook.com/nurul.amani.52

Wednesday, April 5, 2017

7 Tanda Amaran Awal Kanser

Tanda Amaran Kanser


Badan kita mengeluarkan simptom atau tanda yang bertindak sebagai amaran kemungkinan timbulnya masalah. Mengalami salah satu tanda bukanlah bermakna anda telah dijangkiti penyakit kanser. Hanya yang pakar dapat mendiagnosis punca tanda amaran tersebut.


7 tanda ini saya peroleh daripada poster yang terpampang di Hospital Ranau semasa hantar hafiz berjumpa fisioterapi.


Ok. Jom selidiki 7 Tanda Amaran Awal Kanser:


1. Perubahan dalam pembuangan air besar dan kecil

2. Kudis yang tak sembuh
3. Pengeluaran darah atau nanah yang luar biasa
4. Pertumbuhan atau bengkak di buah dada atau di bahagian lain tubuh
5. Tidak hadam atau sukar menelan
6. Perubahan yang ketara pada tahi lalat atau kulit
7. Suara menjadi serak atau batuk-batuk

Pengesanan awal kanser boleh menyelamatkan nyawa anda. Dengan rawatan kanser yang wujud pada masa kini, kemungkinan untuk sembuh adalah cerah sekali.


Mungkin anda rasa tanda amaran ini sangat biasa. Tapi ketahuilah, sesuatu yang biasa itu adalah permulaan bagi sesuatu penyakit kronik. Jika berlanjutan lebih daripada 2 minggu, anda perlu mengambil perhatian. Berjumpalah dengan doktor anda segera.


Walaupun ia bukan kanser, anda sepatutnya mendapatkan rawatan jika ia berterusan.


Anda boleh mengambil langkah pertama dalam pengesanan kanser dengan mempelajari 7 tanda amaran tersebut.


Selain itu, tahap kesihatan diri juga perlu ditingkatkan. Pemakanan yang bernutrisi merupakan antara cara melawan penyakit dalam tubuh. 


Namun begitu, kebanyakan nutrisi daripada bahan mentah seperti sayuran dah buah-buahan atau sumber protein hilang/musnah sebelum dimakan dan semasa proses memasak.


Oleh itu, pengambilan suplemen yang semulajadi juga sangat membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh. Suplemen ini sesuai untuk seisi keluarga.


Antara suplemen yang baik untuk menguatkan sistem imun tubuh adalah:


1. NUTRIFERON untuk menguatkan sistem imun tubuh

2. VITAMIN C sebagai pertahanan awal menentang penyakit
3. OMEGA GUARD yang bagus untuk melawan batuk selesma berkahak
4. VIVIX adalah suplemen terbaik yang tinggi antioksida, yang mampu melawan penyakit seperti kanser dengan memperbaiki sel-sel rosak dalam tubuh

Pencegahan awal merupakan tindakan terbaik. Suplemen yang tersenarai ini bukanlah ubat, sebaliknya adalah makanan tambahan yang tinggi nutrisi. Kajian selama lebih 20tahun telah dilaksanakan bagi membuktikan keberkesanannya suplemen Shaklee dalam menguatkan tubuh kita melawan penyakit.









Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk ShakleeBolehlah hubungi sayaBagi setiap pembelianproduk Shakleeanda layak mendapat konsultasi secara percuma:-



Pengedar Sah Shaklee;

Puan Amani Waldin
SMS/whatapps/Call: 013-5414548
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com
Facebook:https://www.facebook.com/nurul.amani.52



COD di sekitar Ranau dan pengeposan ke seluruh Malaysia melalui CityLink / Gedex.

Tuesday, April 4, 2017

AWASI TANDA DAN GEJALA CYST YANG BERMASALAH


Apa itu cyst?

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle.

Namun, cyst boleh membawa masalah bila ia membesar melebihi 2cm diameter dan tidak pecah.

Berikut adalah antara tanda dan gejala cyst:

✔ Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen
✔ Berat badan bertambah
✔ Sakit yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis
✔ Kesakitan semasa melakukan seks
✔ Haid tertunda, tidak teratur atau sakit
✔ Bulu roma bertambah
✔ Terasa sangat sakit yang menyucuk dalam abdomen, demam, dan/atau muntah.

Pengambilan suplimen digalakkan untuk mengurangkan simptom dan menghilangkan cyst yang bermasalah. GLA dan Vivix sangat sesuai untuk mengawal PCOS dan tanda-tanda penyakit kronik. GLA membantu mengawal hormon dengan bahan semulajadi. Vivix pula bersifat antioksidan yang mampu membaiki sel-sel yang rosak dalam tubuh.

Berikut adalah testimoni daripada mereka yang mendapat efek positif melalui pengambilan suplemen yang sihat.



Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

 
Puan Amani Waldin
SMS/whatapps/Call: 013-5414548
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com
Facebook:https://www.facebook.com/nurul.amani.52


Monday, April 3, 2017

Jari Tak Boleh Bengkok, Rupanya Masalah Saraf



Nampak macam masalah biasa kan? Tapi sebenarnya, ia adalah tanda kepada saraf bermasalah. Saya kongsikan kisah di bawah. Ia adalah antara pengalaman pengguna Shaklee.


---------------------------------------------------------


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3

TESTIMONI 8 : A'BIDATUL MU'TADILLAH MOTOLANI

KESIHATAN IBU SEMAKIN MENINGKAT SELEPAS AMALKAN VIVIX SHAKLEE

Pada 1 September 2016 kami sekeluarga dilanda kebimbangan apa bila mak saya tidak sihat. Mak tiba-tiba jadi lemah sebelah badan sebelah kiri. Berjalan pun seret kakinya. Hati mana yang tak risau. Macam-macam benda difikirkan.

Pada keesokan hari adik bawa mak jumpa doktor. Alhamdulillah tidak serius. Mula-mulanya mak ada bagi tahu jari manis sebelah kirinya tak boleh dibengkok. Ingat biasa-biasa je lah. Rupanya dia melibatkan sarafnya melekat. Bila dah jumpa doktor jadi kita tahulah kan apa sebabnya.

Saya yang duduk di Gopeng ni bergegas pergi branch Ipoh pergi beli sebotol Vivix. Tak fikir lain dah. Nak mak sihat. Terus hantar kat mak. Disamping itu kami hantar mak berurut 3 hari berturut -turut untuk membetulkan urat-urat yang bermasalah.

Alhamdulillah selepas 2 minggu mak dah nampak cergas. Muka yang sebelum ni nampak mcm turun pipinya dah kembali asal balik dan yang seronok nya mak dapat pergi berjalan-jalan ke Pulau Pinang.

Selepas kejadian tu saya usaha untuk bagi mak konsisten minum Vivix. Alhamdulillah hari ini jari mak dah boleh lipat sepenuhnya tanpa sebarang pembedahan dan cucuk seperti yang disarankan doktor.

Hari ini mak punya muka merah pink je,ceria dan cergas. Mak ni pantang sihat suka lah dia berkemas di tepi rumah sambil membelai pokok-pokok bunganya.

Terima kasih Vivix, terima kasih Shaklee. Alhamdulillah.






---------------------------------------------------------

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee, bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:- berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee, bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

  

SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 
Facebook:https://www.facebook.com/nurul.amani.52

Sunday, April 2, 2017

5 Tips Mudah Buang Toksin Berbahaya Dalam Badan





Tahukah anda?

Punca kebanyakan penyakit adalah disebabkan oleh toksin? Tubuh kita mudah dicemari oleh toksin, sama ada melalui racun serangga, racun rumpai yang ada pada makanan kita, atau melalui bahan petrochemical seperti yang terkandung dalam kebanyakn produk kecantikan dan kebersihan, atau juga melalui pencemaran udara seperti carbon monoksida, radikal bebas dan lain-lain.

Salah satu cara untuk meningkatkan kesihatan hati dan juga kesihatan menyeluruh adalah dengan mengurangkan pendedahan tubuh kita terhadap persekitaran yang bertoksin. Atau cara lain, buang toksin dari badan (detoks).

Jomm, saya kongsikan hasil pembacaan saya tentang detoks.







5 tip yang membantu tubuh membuang toxin:

1. Berpeluh

Cara paling mudah dan semulajadi. Bila kita berpeluh, toksin, bahan kimia seperti pestisid yg tersimpan dalam lemak akan terkeluar melalui peluh. Banyak cara untuk berpeluh. Anda boleh bersenam, bersauna, berjemur atau buat kerja sampai berpeluh. Kalau dah berpeluh, jangan biarkan peluh tu lama2 pulak. Nanti kulit mungkin akan serap kembali.

2. Bernafas dengan betul

Pada setiap hembusan nafas, paru-paru kita menolak keluar bahan yang tidak diperlukan tubuh. Oleh itu, nafas yang penuh dan dalam baik untuk kesihatan. Sedut udara yang berdekatan dengan tumbuhan hijau, barulah dapat oksigen fresh yang dihasilkan oleh daun. 

3. Banyakkan pengambilan Fiber

Ambil buah-buahan dan sayuran segar untuk melancarkan proses detoks melalui bahan kumuh. Sebolehnya pilih yang organik, bebas daripada bahan kimia seperti baja kimia, racun rumpai dan racun serangga.

4. Ambil minuman detoks

Disamping minum air masak secukupnya, minuman detoks juga membantu dalam pengeluaran toksin dari dalam tubuh. Minuman detoks yang di buat daripada sayuran dan buah segar boleh juga membantu menurunkan berat badan, melancarkan sistem penghadaman, mengelak sembelit dan membantu penyerapan vitamin.

5. Sokong fungsi hati dan ginjal

Pengambilan makanan tambahan yang sesuai mampu membantu detoks disamping 'meringankan' kerja hati dan ginjal menapis segala bahan toksik dalam tubuh. 
Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon dan darah, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi.







Set Detoks Shaklee:

1. Alfalfa Complex


Membantu membuang toksin dalam darah, hati dan usus. Ia juga membantu mengatasi masalah sembelit.

2. DTX Complex









Menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dan memelihara aliran hempedu. Makanan kesihatan ini telah dihasilkan dari gabungan 6 jenis herba terpilih dengan antioksida dan telah diuji secara klinikal untuk mengekalkan sel-sel hati yang sihat.


3. Garlic Complex


Mencuci darah dan menyingkirkan toksik dari logam berat dalam badan. Ia juga merupakan antibiotik semulajadi.


4. Herb-Lax




Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus

5. Vivix

Vivix mengandungi polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yang sangat hebat. Semasa proses detox, Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaikpulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih berkesan.


Disamping itu, anda juga dinasihatkan minum air dengan secukupnya. Anggaran air yang diperlukan adalah 1 liter bagi setiap 1kg berat badan kita.



Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-



Puan Amani Waldin
SMS/whatapps: 013-5414548
Shaklee ID: 122839

Saturday, April 1, 2017

SCAN NAMPAK 2 KANTUNG, DISANGKA HAMIL KEMBAR RUPANYA ACTIVE FIBROID!






Ramai wanita mempunyai fibroid namun ramai juga yang tidak menyedarinya. Ini disebabkan fibroid tidak ada simptom yang tetap dan kebiasaannya tidak menyakitkan. Namun, ia juga boleh mendatangkan kesakitan dan masalah.

Apa itu fibroid?

Fibroid ialah sejenis tumor jenis benign yang terdapat di dalam rahim atau sekitarnya. Fibroid boleh tumbuh di mana-mana kawasa uterus. Ia bukan kanser. Tapi saiz fibroid boleh membesar dan berbeza-beza; saiznya boleh jadi sangat kecil dan boleh juga mencapai saiz yang sangat besar hingga mengubah saiz rahim.

Punca fibroid terjadi masih belum diketahui sepenuhnya. Tetapi pakar berpendapat, ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon (estrogen & progesteron) dan juga genetik.






Tanda-tanda fibroid

Fibroid tidak mempunyai tanda yang konsisten. Namun, tanda-tanda yang kemungkinan berlaku adalah;

✔ Pendarahan yang banyak
✔ Senggugut yang teruk
✔ Sakit pada bahagian bawah perut
✔ Pembesaran pada abdomen atau uterus
✔ Sembelit
✔ Selalu kencing atau kencing tidak lawas
✔ Sakit ketika melakukan seks
✔ Keguguran atau tidak subur

Bolehkah fibroid dihindari?

Ia tidak boleh dihindari. Namun, ada kajian yang mencadangkan bahawa gaya hidup yang sihat boleh mengurangkan risiko.

Satu kajian menemukan diet yang tinggi gula kemungkinan meningkatkan risiko bagi sesetengah wanita. Kajian lain pula menggalakkan makan buah dan sayuran seperti brokoli, kobis, cauliflower atau yang tinggi kandungan beta-carotenee, folate, vitamin C, E dan K, dan mineral lain serta tinggi fiber.


---------------------------------------------------------------------------------


Ikuti kisah seorang ibu hamil ni. Fibroid yang ditemui doktor ketika awal kehamilan membesar sehingga 10cm! Doktor cadangkan untuk buat pembedahan. Bagaimana wanita ini cuba mengecutkan fibroid tanpa mengabaikan kandungannya.


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 16: NURHAYATUL NIRA

ACTIVE FYBROID SEBESAR 10CM MENGECUT DAN AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama saya Nurhayatul Nira binti Ramli, berusia 37 tahun dan baru sahaja melahirkan anak keempat Januari yang lepas.

Saya berkenalan dengan Shaklee dah lama, cuma tidak secara konsisten sebelum ni. Saya selalu mengadu pada kawan saya, Azlinda Ismail (SID 866459) tentang penat dan sakit-sakit badan yang saya alami. Beliau mengesyorkan saya mengambil multivitamin, Vitamin c dan kalsium disebabkan jadual kerja dan pemakanan saya yang tidak menentu. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan lebih bertenaga. Niat saya mengambil suplemen adalah untuk sihat, serta kesihatan itu dapat saya gunakan untuk beribadat dengan lebih sempurna.

Bagaimanapun, saya mendapat "kesan sampingan" daripada pengambilan suplemen tersebut. Saya bukan sahaja semakin sihat, namun saya juga disahkan hamil di kala anak bongsu saya waktu itu berumur 5 tahun. Saya tidak langsung merasa penat di awal kehamilan sedangkan ketika itu saya berada di dalam lawatan kerja di sekitar United Kingdom selama 2 minggu.
Pasangan mana yang tak gembira bila dikhabarkan tentang zuriat yang bakal mereka timang. Bertambah gembira pada waktu scan, doktor mengatakan ada 2 kantung di situ!

Namun, selepas detailed scan dilakukan, doktor mengesahkan, kantung itu bukanlah kembar seperti yang disangkakan. Malang sekali ianya adalah cyst sebesar 5.2 cm. Tidak mahu putus asa, kami mendapatkan nasihat pakar seterusnya. Lebih memilukan, rupa-rupanya ia bukan cyst, namun active fibroid yang sebesar 6.7 cm kini berada dalam kandungan saya. Doktor menasihatkan agar saya melalui pembedahan caesaeran berikutan saiz fibroid yang semakin membesar dan membahayakan diri saya.

Saya tak mahu putus asa. Saya selalu mendengar kehebatan tonik ajaib di wall sahabat saya. Saya nekad mencuba di atas risiko sendiri. Maka bemulalah episod saya dan Vivix. Ketika check up keempat, saiz fibroid hampir 10 cm dan saya teruskan ambil Vivix dengan konsisten dan yakin. Sahabat saya turut mencadangkan Omega Guard yang bertindak anti-radang sebagai menggantikan Vivix.

Alhamdulillah, pada 19 December 2016, checkup dengan pakar menunjukkan fibroid mengecil kepada 4.7 cm. Checkup terakhir pada Januari 2017 pula, pakar mengesahkan saiz fibroid ialah 4.2 cm dan lebih menggembirakan saya tidak perlu menjalani sebarang pembedahan kerana kepala bayi pun telah engaged.

Mengimbas kembali detik-detik kelahiran anak keempat saya. Kelahiran yang mudah dan paling cepat pernah saya rasakan. Pagi itu, saya mengalami kontraksi dan laluan cuma 2cm. Saya sempat bersolat jemaah Maghrib di masjid sebelum ke hospital malam itu. 9 malam, saya didaftarkan di Hospital Serdang. Saya sudah bersedia untuk melahirkan pada jam 9.30 malam.
Akhirnya pada 10:05 malam, 29 Januari 2017, lahirlah Ainur Mardhiah binti Abdul Muttalib ke dunia.Tanpa pembedahan, tanpa sebarang koyakan. Alhamdulillah.

Selepas je bersalin, saya terus minum 3 sudu Vivix supaya lebih bertenaga dan mahukan recovery yang cepat. Pada 30 Januari 2017, jam 6.30 pagi, doktor memeriksa saya dan akhirnya dibenarkan discharge pada jam 10 pagi itu juga. 13 jam sahaja di hospital, rekod untuk kelahiran semua anak-anak saya!

Saya masih lagi berpantang ketika testimoni ini ditulis, berpantang sendiri sambil menguruskan anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kita sendiri yang memudahkannya dengan pengambilan suplemen yang betul dan berkualiti.

Terima kasih kerana dipertemukan dengan suplemen yang sangat berkualiti ini.







---------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah akak ni tak perlu pembedahan. Cuma perlu konsisten menjaga pemakanan disamping mengambil suplemen yang sesuai untuk membantu pengecutan fibroid. Suplemen bukanlah ubat, sebaliknya makanan tambahan yang penuh nutrien. Namun begitu, hanya suplemen tertentu yang membantu untuk kes-kes tertentu. Dan kesannya berbeza mengikut individu. Tapi tak salah kalau kita terus menjaga kesihatan dengan mengambil suplemen sebab ianya adalah satu keperluan memandangkan nutrisi dalam makanan seharian kita tidak cukup untuk keperluan tubuh. 


Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

  
Puan Amani Waldin
SMS/whatapps/Call: 013-5414548
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 
Facebook:https://www.facebook.com/nurul.amani.52